Anda di sini

Lelaki Mongolia ditahan cuba seludup haiwan yang dilindungi dari Thailand

Advertisement
Pegawai kastam menunjukkan salah seekor ular yang ditemui di dalam bagasi seorang lelaki Mongolia yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok. — Gambar AFP
Pegawai kastam menunjukkan salah seekor ular yang ditemui di dalam bagasi seorang lelaki Mongolia yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok. — Gambar AFP

BANGKOK: Seorang lelaki Mongolia ditangkap di lapangan terbang utama Thailand kerana cuba menyeludup naga komodo, ular sawa, kura-kura dan 24 ikan hidup keluar dari negara itu, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Lelaki itu ditangkap pada Sabtu selepas pihak berkuasa memeriksa bagasinya sebelum dia menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok ke ibu negeri Mongolia, Ulaanbaatar, kata jurucakap jabatan kastam Phantong Loykulnanta.

Pegawai kastam berjaya menghalang cubaan seorang lelaki Mongolia untuk menyeludup iguana keluar dari Thailand. — Gambar AFP
Pegawai kastam berjaya menghalang cubaan seorang lelaki Mongolia untuk menyeludup iguana keluar dari Thailand. — Gambar AFP

Pemeriksaan membawa kepada penemuan dua naga komodo, enam kura-kura bintang India, lapan iguana, lima ular sawa, seekor ular boa dan 24 ikan hidup.

Pihak berkuasa mendakwa lelaki itu atas tuduhan cuba menyeludup haiwan yang dilindungi, kata jabatan kastam.

Thailand merupakan sebuah hab transit utama bagi penyeludup hidupan liar, yang sering menjual haiwan tersebut ke China dan Vietnam.

Gambar menunjukkan kura-kura bintang yang ditemui di dalam bagasi seorang lelaki Mongolia yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok. — Gambar AFP
Gambar menunjukkan kura-kura bintang yang ditemui di dalam bagasi seorang lelaki Mongolia yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok. — Gambar AFP

Pada Oktober, lapangan terbang Suvarnabhumi memecat seorang pekerja lapangan terbang selepas seorang pelancong menyeludup lebih 30 haiwan hidup ke dalam sebuah pesawat ke Taiwan.

Haiwan yang dirampas termasuk dua memerang, 28 kura-kura dan seekor marmut. — AFP

Advertisement