Anda di sini

Bas bertembung trak di Mali, 15 terkorban

Advertisement
 


BAMAKO: Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan 46 lagi tercedera selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah trak di tengah Mali kelmarin, menurut kementerian pengangkutan.

Bas yang bergerak dari pekan tengah Mopti ke ibu negeri Bamako “bertembung dengan trak 10 tan yang bergerak dari arah bertentangan” di antara pekan Kessedougou dan Ouan, kata pihak kementerian dalam satu kenyataan.

“Angka awal adalah 15 kematian dan 46 kecederaan, sebahagian daripada mereka dalam keadaan serius,” tambahnya.

Anggota pertahanan awam telah membawa mangsa ke hospital Somino Dolo di Mopti, kata kenyataan itu.

Kemalangan jalan raya biasa berlaku di Mali dan secara umumnya berpunca daripada keadaan jalan dan kenderaan yang kurang baik, termasuk kesalahan manusia. — AFP
 

Advertisement