Anda di sini

KePKAS berusaha tarik warga Jepun lawat Sabah

Advertisement
 Christina (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Yoshito.
PENGHARGAAN: Christina (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Yoshito.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berusaha menarik lebih ramai warga Jepun melawat Sabah.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata, pihaknya akan menghantar delegasi ke Jepun dalam usaha menyakinkan warga Jepun melancong ke Sabah.

Beliau juga menyatakan harapan agar Kerajaan Jepun akhirnya menarik balik nasihat perjalanan kepada rakyatnya supaya tidak melawat pantai timur Sabah.

“Bagi pertumbuhan pelancongan Sabah, Jepun adalah pasaran penting dan saya yakin kerjasama berterusan dengan Pejabat Konsulat Jepun di Kota Kinabalu dapat mempromosikan Sabah di Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Yoshito Yamashita, pada Rabu.

Menurutnya, statistik daripada Bahagian Penyelidikan STB menunjukkan terdapat 5,642 ketibaan pelancong Jepun dari Januari hingga Julai tahun ini.

“Jumlah itu meningkat berbanding sebanyak 253.3 peratus berbanding 1,597 dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Yoshito, yang tiba di Sabah pada 18 Oktober lalu, berkata, ia adalah tugasan pertamanya ke negeri ini, setelah berkhidmat di Korea Selatan selama lebih 10 tahun.

“Saya akan memainkan peranan untuk mendapatkan lebih ramai orang Jepun memilih Sabah sebagai destinasi percutian mereka,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement