Anda di sini

Gudang penyimpanan tong gas LPG terbakar

Advertisement
 Keadaan gudang tong gas LPG selepas kebakaran.
TERBAKAR: Keadaan gudang tong gas LPG selepas kebakaran.

TAWAU: Sebuah gudang penyimpanan tong gas LPG musnah dalam kebakaran di Jalan Sin Onn di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kebakaran jam 7 malam kelmarin itu memusnahkan 80 peratus gudang seluas 40X30 kaki persegi.

Katanya sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi sejauh 10 kilometer sebaik menerima panggilan jam 7 malam.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan kebakaran dapat dikawal jam 7.25 malam.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini dan jumlah keseluruhan kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan sebuah rumah separuh kekal jenis dua tingkat turut musnah dalam kebakaran di Kampung Melampoi Nabawan Keningau.

“Kebakaran memusnahkan 90 peratus keseluruhan rumah dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 8.06 malam.

“Pasukan bomba menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement