Anda di sini

Empat selamat lori 10 tan bertembung sedan

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kemalangan.
PERIKSA: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kemalangan.

RANAU: Empat individu terselamat selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Segindai Baru di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian jam 6.10 petang itu membabitkan sebuah lori 10 tan dan kenderaan jenis sedan.

“Kejadian lori 10 tan yang bertembung dengan kenderaan jenis sedan membabitkan empat mangsa.

“Kesemua mangsa bagaimanapun berjaya keluar sendiri dari kenderaan dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau yang tiba di lokasi hanya menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi.

Katanya operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.16 malam.

  • oleh
  • Advertisement