Anda di sini

Bradley ditahbiskan jadi paderi di Gereja Katolik Santo Peter, Kudat

Advertisement
 Ahli gereja merakamkan gambar kenangan bersama selepas upacara terbabit.
KENANGAN: Ahli gereja merakamkan gambar kenangan bersama selepas upacara terbabit.

KOTA KINABALU: Seorang calon paderi, Diakon Bradley Belly @ Stephen ditahbiskan menjadi paderi di Gereja Katolik Santo Peter, Kudat.

Ia adalah hari bersejarah dan penuh makna bagi seluruh umat Katolik, khasnya umat di Keuskupan Agung Kota Kinabalu kerana seorang lagi anak muda dengan relanya memberikan dirinya untuk Tuhan. 

Reverend adalah paderi pertama berbangsa Rungus berasal dari Kudat, manakala Paderi yang pertama berasal dari Kudat, ialah Rev. Fr. Paul Lo yang ditahbiskan 18 tahun lalu. 

Dalam Upacara itu, kira-kira 2000 umat yang datang dari pelbagai tempat di sabah manakala 46 orang paderi dari Keuskupan Kota Kinabalu, Diosis Keningau, Sandakan dan juga Kuching hadir bersama.

Dalam ucapan akhir Uskup Agung Kota Kinabalu, Archbishop Datuk John Wong, beliau menyatakan kesyukurannya atas keberanian Rev. Fr. Bradley dalam menyahut panggilan Tuhan untuk melayani di ladang-Nya Tuhan. 

Beliau juga menyeru agar umat terus berdoa bagi paderi muda ini agar mampu melayani dengan cinta kasih, beliau menugaskan Rev. Fr. Bradley untuk melayani  umat di Paroki St. John, Tuaran.

Sementara itu dalam ucapan Pengerusi Penganjur Hari Pentahbisan Imamat ini, saudara Walter Duhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan pihak yang membantu dari segi kewangan, masa, tenaga  dan idea bagi menjayakan upacara yang penuh bersejarah ini. 

Selaku Paderi Paroki atau ketua Gereja Santo Peter, Kudat, Rev. Fr. Rayner Bisius juga menegaskan bahawa dengan kerjasama dan usaha bersama, upacara ini mampu dirayakan dengan baik, beliau juga berharap akan ada anak muda lagi untuk memberi diri untuk Tuhan.

Advertisement