Anda di sini

Dua maut, satu parah kemalangan di Penampang

Advertisement
 Kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Pintas Penampang.
REMUK: Kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Pintas Penampang. Gambar ihsan IPD Penampang

PENAMPANG: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Jalan Pintas berdekatan pusingan U Padimas Point di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.30 malam.

Katanya, kedua-dua mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kenderaan yang dilanggar pacuan empat roda terbabit.

Menurutnya, sebelum kejadian kenderaan mangsa dalam perjalanan dari arah Donggongon yang membuat pusingan U sebelum dirempuh pacuan empat roda yang datang dari arah Kota Kinabalu menuju Donggongon.

"Akibat dari rempuhan itu, pemandu dan penumpang kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth  (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat lanjut.

"Pemandu pacuan empat roda berkenaan turut mengalami kecederaan parah dan dibawa ke HQE untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan gambar mangsa kemalangan bagi menjaga sensitiviti keluarga.
 

  • oleh
  • Advertisement