Anda di sini

Banduan panjat tiang elektrik elak polis

Advertisement
Gambar serahan Jabatan Bomba Minas Gerais menunjukkan banduan terbabit di atas tiang elektrik dalam cubaan mengelak polis di bandar Itabira, Sabtu lalu. - Gambar AFP
Gambar serahan Jabatan Bomba Minas Gerais menunjukkan banduan terbabit di atas tiang elektrik dalam cubaan mengelak polis di bandar Itabira, Sabtu lalu. - Gambar AFP


                                
RIO DE JANEIRO: Seorang banduan yang melarikan diri daripada polis di pekan Itabira di Brazil telah menemui satu laluan lolos yang luar biasa pada hujung minggu ini, dengan memanjat tiang elektrik hingga ke atas serta berada di sana selama hampir 24 jam sebelum akhirnya mengalah dan turun menyerah diri.

Pihak polis di wilayah tenggara Minas Gerais tiba untuk menahan banduan berusia 38 tahun itu pada Jumaat kerana melanggar arahan parolnya ketika dia melarikan diri dengan naik ke atas bumbung rumahnya dan memanjat tiang elektrik setinggi 10 meter, menurut pihak berkuasa dan laporan media Brazil.

Lelaki itu, yang mana rekod jenayahnya termasuk rompakan bersenjata dan mencuri, berada di atas tiang itu selama hampir 24 jam, sejak Jumaat hingga tengah hari Sabtu, enggan untuk turun ke bawah, lapor akhbar Estado de Minas.

Dia kemudian menyerah diri dan dibawa ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan sebelum dihantar kembali ke penjara oleh pihak polis.

Syarikat utiliti Cemig menyatakan, insiden itu memaksa bekalan elektrik bagi kira-kira 380 pelanggannya di kawasan itu dihentikan selama lebih sehari. - AFP
 

Advertisement