Anda di sini

Maxis lancar filem Raya Maxis dengan tumpuan kepada Generasi Z 

Advertisement
Kempen Hari Raya Maxis
Kempen Hari Raya Maxis

KUCHING: Maxis melancarkan filem Kali Pertama Raya yang memberi tumpuan kepada pencari kerja kali pertama daripada Generasi Z. 

Filem ini mengikuti perjalanan mereka dalam memikul tanggungjawab baharu, berasa berupaya dan bangga dapat menyumbang kepada keluarga mereka. 

Ia juga menyentuh kepentingan untuk terus berhubung dengan orang tersayang serta peranan teknologi dalam menjadikan musim perayaan lebih istimewa. 

Selain itu Maxis menawarkan promosi dan tawaran menarik untuk pelanggan prabayar, pascabayar dan fibernya bagi menceriakan perayaan termasuk peranti dengan nilai yang hebat serta pelan mampu milik dengan lebih banyak data. 

“Maxis berbesar hati untuk berkongsi filem raya kami sempena Hari Raya yang mewakili nilai-nilai Malaysia yang unik. 

“Kami juga teruja untuk menawarkan tawaran Aidilfitri yang sangat menarik untuk menceriakan musim perayaan ini. 

“Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Maxis Loh Keh Jiat dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu pelanggan Hotlink Postpaid 40 dan 60 boleh membeli dua telefon pintar Honor X6 pada harga RM99 seunit berbanding harga runcit RM599. 

Manakala pelanggan Maxis Postpaid boleh menikmati pelan Maxis Postpaid 98 pada hanya RM78 sebulan (rebat sebanyak RM20X24 bulan mengikuti pelan mereka) serta mendapat data 60GB dan telefon pintar 5G percuma. 

Bagi pelanggan Maxis Home Fibre, daftar dengan Maxis Home Fibre 300Mbps untuk mendapat TV pintar LG 55” 4K UHD dengan hanya RM50 sebulan. 

Pelanggan yang ingin mendapatkan bar bunyi dengan TV baharu mereka boleh memilih Maxis Home Fibre 500Mbps untuk mendapatkan Samsung 75” 4K UHD TV dan bar bunyi Samsung B550 dengan hanya RM119 sebulan. 

Menjelang musim perayaan, Maxis juga telah mengedarkan kotak makanan kepada 200 keluarga di beberapa lokasi. 

Inisiatif ini adalah untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir di Johor baru-baru ini sekali gus membantu mereka dalam persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri. 
 

Advertisement