Anda di sini

"Glamorous Camping" tarikan baharu yang mampu tarik pelancong berkunjung ke Sarawak

Advertisement
Orang ramai tidak melepaskan peluang dan memenuhi Padang Merdeka, Kuching untuk turut serta dalam Program Juh Sungkei di Padang Merdeka, di sini pada Ahad. -Gambar Roystein Emmor.
Orang ramai tidak melepaskan peluang dan memenuhi Padang Merdeka, Kuching untuk turut serta dalam Program Juh Sungkei di Padang Merdeka, di sini pada Ahad. -Gambar Roystein Emmor.

KUCHING: Riadah berkonsepkan Glamorous Camping (Glamping) bakal menjadi tarikan baharu untuk masyarakat di negeri ini dalam sektor pelancongan selain menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. 

Menteri Pelancongan, Industri Krearif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, idea percutian seperti itu perlu dibangunkan bagi merancakkan sektor terbabit.

Menurutnya, kementerian turut bercadang untuk menyediakan tapak yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

"Lebih-lebih lagi Lebuh Raya Pan Borneo akan siap tidak lama lagi dan ini sedikit sebanyak kementerian berkemungkinan akan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis daerah mengenal pasti tapak tertentu untuk menghidupkan aktiviti riadah seperti di negara barat iaitu membuat "caravan" dan "motorhome".

"Kalau ada dua perkara itu, saya percaya ia amat sesuai untuk mereka pergi berkonvoi kerana kemungkinan ada yang berada di luar (caravan dan motorhome)," katanya ketika ditemui media ketika Program Juh Sungkei di Padang Merdeka, di sini pada Ahad.

Ini kerana, jelas yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, tidak semua seperti ahli keluarga yang berkonvoi untuk tinggal berehat dalam caravan dan motorhome.

"Oleh sebab itu, mereka yang berkonvoi juga perlu menyediakan glamping untuk berehat.

"Aktiviti riadah seperti ini sedikit sebanyak dapat menggerakkan institusi keluarga selain merapatkan hubungan dalam masyarakat," katanya lagi.
 
Terdahulu, Abdul Karim menyempurnakan "Juh Sungkei" di Padang Merdeka, di sini pada petang Ahad.

Program yang julung kali diadakan oleh Persatuan Kebajikan Mahabbah, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Borneo Glamping dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) cawangan Satok dan sekitar Kuching.

Seramai lebih 5,000 masyarakat tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam program tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan mengagihkan sumbangan bubur lambuk selain beramah dengan orang ramai yang berkunjung ke program berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement