Anda di sini

Mulakan semester pertama anda dengan TAR UMT pada RM263

Advertisement
Hari Terbuka TAR UMT yang akan diadakan pada 15 dan 16 April ini di semua kampusnya di seluruh negara.
Hari Terbuka TAR UMT yang akan diadakan pada 15 dan 16 April ini di semua kampusnya di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Sempena kemasukan 2023, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) akan mengadakan Hari Terbuka di semua kampusnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah pada 15 dan 16 April ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Tahap pengajian yang ditawarkan terdiri daripada program asasi hingga sarjana.

Ibu bapa dan pelajar dijemput untuk melawat kampus TAR UMT dan mengetahui sendiri program ditawarkan oleh TAR UMT.

Ini juga merupakan peluang yang baik untuk pelawat bertemu kakitangan akademik untuk mendapatkan lebih banyak pandangan tentang program yang mereka minati.

Pelajar yang menghantar permohonan mereka pada Hari Terbuka akan menerima pengecualian yuran pemprosesan.

Biasiswa merit sehingga 100 peratus dan diskaun adik-beradik sebanyak RM1,000 adalah antara faedah yang ditawarkan. Keputusan percubaan SPM atau kelayakan yang setaraf diterima.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tarc.edu.my atau ikuti laman Facebook @Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman untuk maklumat lanjut.
 

Advertisement