Anda di sini

Insentif Pengeluaran Getah pekebun kecil tidak diaktifkan bagi Ogos 2021 - LGM

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak diaktifkan bagi Ogos 2021 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataannya, LGM menjelaskan bahawa mulai Januari 2019, IPG akan hanya diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 Percuma Atas Kapal (FOB) di paras RM6.10 sekilogram manakala harga di peringkat ladang di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

“Harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ (getah sekerap) pada Ogos 2021 untuk Semenanjung adalah sebanyak RM2.95 sekilogram manakala di Sabah dan Sarawak masing-masing pada harga RM2.60 sekilogram.

“Sehubungan itu, pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diminta untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” katanya. - Bernama 

Advertisement