Anda di sini

Chelsea melangkah ke separuh akhir

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Chelsea dan FC Porto di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla. — Gambar AFP
TANGKAPAN KEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Chelsea dan FC Porto di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla. — Gambar AFP

SEVILLE: Chelsea mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2014 sungguhpun ditundukkan 0-1 oleh FC Porto pada perlawanan kedua suku akhir pada Selasa di Seville.

Anak buah Thomas Tuchel akan bermain menentang Real Madrid atau Liverpool bagi merebut slot peringkat akhir selepas berjaya menampilkan permainan cemerlang lalu menang 2-1 secara agregat.

Real berangkat ke Anfield pada Rabu dengan hasrat melindungi mata pendahuluan 3-1  daripada perlawanan pertama.

Mereka boleh cuba meniru taktik Tuchel dalam menyaksikan Chelsea mengasak Porto dengan cara pertahanan licik sehingga sepakan basikal mengagumkan Mehdi Taremi dalam minit terakhir masa kecederaan.

Hantaran menakjubkan itu di luar karektor permainan Porto dalam usaha untuk mengubah defisit 0-2 dalam perlawanan pertama.

Chelsea hanya tumpas sekali dalam 18 permainan sejak Tuchel mengambil alih Frank Lampard yang dipecat pada Januari dan ini merupakan satu lagi penghormatan kepada jurulatih Jerman itu.

Tuchel mengakui bahawa minggu ini ialah tempoh ‘hidup atau mati’ bagi Chelsea.

Mereka lulus percubaan pertama dengan mudah dan kini boleh fokus kepada perlawanan Sabtu dalam separuh akhir menentang pendahulu Liga Perdana Manchester City di Wembley.

Skuad The Blues itu kini di tangga kelima Liga Perdana dalam mencari kesudahan di empat teratas,  bermakna mereka perlu memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2012 jika hendak mara ke kejohanan musim depan.

Dibimbing Tuchel yang tajam akal, yang mengangkat Paris Saint-Germain ke peringkat akhir Liga Juara-Juara musim lepas, cita-cita besar itu tidak boleh dipandang enteng.

Dalam perlawanan pertama, Mason Mount telah membuka gol Chelsea dan hanya beberapa inci sahaja daripada menjaringkan gol lagi apabila hantaran jarak jaunya terpesong.

Penjaga gol Chelsea Edouard Mendy memberi peluang keemasan kepada Porto untuk gol awal apabila bola lorongannya menuju terus ke Jesus Corona dalam kawasan penalti.

Namun Corona tidak berjaya mengawal dirinya lalu Jorginho memastikan hantaran itu terpesong.

N'Golo Kante telah pulih sepenuhnya untuk bermain dalam permulaan untuk Chelsea selepas kecederaan yang melumpuhkan dan pemain tengah itu membuka peluang baik untuk Kai Havertz, namun sepakan lemahnya gagal untuk menyempurnakan usaha rakan sepasukannya.

Setelah membazirkan peluang keemasan, kecuaian Corona lagi sekali mengecewakan Porto apabila beliau membuat sepakan tergopoh-gapah daripada 10 meter.

Chelsea belum lagi kalah sebarang perlawanan di Eropah selepas memenangi perlawanan di tempat lawan dan rekod itu kekal teguh dalam pada Porto hilang rentak permainan dalam separuh masa kedua.

Terdesak untuk membuat asakan, pada minit ke-68 Porto menampakkan usaha pertama pada sasaran dengan tandukan Taremi daripada bola umpanan Corona memaksa Mendy untuk menyelamatkan keadaan.

Rembatan Taremi membuka mata apabila perlawanan berbaki beberapa saat namun sudah terlambat untuk penutupan dramatik, dengan kemarahan bertukar antara  Rudiger dan beberapa pemain Porto selepas wisel penamat. — AFP

Advertisement