Anda di sini

Segerakan pembukaan semula

Advertisement
JAMERY
JAMERY

LIMBANG: Atlet paralimpik negara, Jamery Siga, 35, berharap kemudahan Kolam Renang Awam Limbang ditutup lebih dua tahun lalu dapat dibuka semula memudahkan aktiviti riadah kolam renang dapat dijalankan.

Beliau berkata, penutupan Kolam Renang itu menyukarkan aktiviti riadah, jasmani dan kecergasan dilakukan sejak ditutup pada 2019.

Jamery kini bercuti di kampung halamannya di sini sementara menunggu Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu dibuka, berkata penutupan kolam renang itu menimbulkan runggutan orang ramai menanti lebih dua tahun dibuka semula.

“Saya sedih kerana Kompleks Kolam Renang Awam Limbang ditutup lebih dua tahun. Saya mohon agar kemudahan itu dibuka semula memudahkan aktiviti riadah dan kecergasan dapat dijalankan,”katanya kepada media di sini semalam.

 Notis penutupan Kolam Renang Awam Limbang sejak Januari 2019.
TUTUP: Notis penutupan Kolam Renang Awam Limbang sejak Januari 2019.

Jamery berkata, penutupan Kolam Renang Awam Limbang sejak  2019 mencetuskan runggutan orang ramai selepas kerja-kerja penyelenggaran dan menaik taraf kemudahan itu mengambil masa terlalu lama.

Menurut kenyataan dikeluarkan Dewan Suarah Limbang sebelum ini, Kolam Renang Awam Limbang belum siap sepenuhnya kerana masih terdapat kebocoran di dindingnya belum dapat diatasi.

"Kami masih menunggu maklum balas Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang tentang kerja baik pulih sedang dilakukan. Kami memohon maaf atas kelewatan ini,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan penutupan Kolam Renang Awam Limbang dilakukan bagi   membolehkan kerja-kerja pembaikan secara menyeluruh iaitu elekrtik, struktur bangunan (keretakan), sistem loji air dan sebagainya sejak dibuka pada 1990.

Kerja-kerja pembaikan telah lama selesai namun terdapat  retakan akibat mendapan tanah.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu aktiviti riadah kolam renang dan pelancongan air sama ada di sungai, laut dan tasik dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai tahun lalu dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

  • oleh
  • Advertisement