Anda di sini

Real Madrid tumpas 2-1 di laman sendiri kepada Alaves

Advertisement
 Antara babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Alaves di Stadium Di Stefano di Madrid. — Gambar AFP
CEMAS: Antara babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Alaves di Stadium Di Stefano di Madrid. — Gambar AFP

MADRID: Real Madrid tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Alaves dalam aksi La Liga Sepanyol sementara kelab jiran, Atletico Madrid, berkongsi mata dengan pendahulu liga, Real Sociedad untuk melanjutkan tempoh memenangi enam perlawanan berturut-turut.

Lucas Perez menyempurnakan satu tendangan penalti seawal minit kelima perlawanan di Stadium Alfredo di Stefano sebelum Joselu menambah jaringan tidak lama selepas rehat ekoran kesilapan penjaga gol Real, Thibaut Courtois.

Casemiro merapatkan kedudukan buat Real pada minit ke-86 tetapi ia ternyata terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan apabila Alaves bertahan dengan kental untuk kemenangan yang membolehkan mereka naik ke tangga kesembilan liga.

Real kekal di tangga keempat dan enam mata di belakang Real Sociedad dan Atletico.

“Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane, dengan pasukannya menang 2-0 di Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu namun tewas buat kali ketiga dalam 10 perlawanan liga  musim ini.

“Kami bertukar saat yang baik dan buruk. Sebelum ini kami bermain dengan baik di Milan dan hari ini (Sabtu), tiga hari kemudian, kami bermain seperti ini di tempat sendiri.”

“Ia adalah aksi terburuk kami musim ini,” tambah beliau. “Kami tidak dapat mengubah rentak permainan. Ia menjengkelkan saya dan juga pemain. Masalahnya sekarang ialah tentang konsistensi.”

Pada perlawanan awal, Atletico menewaskan Valencia 1-0 untuk memperbaharui rekod tanpa kalah kepada 25 perlawanan.

Mereka kekal di tangga kedua tetapi berkongsi 23 mata dengan Real Sociedad, yang kurang satu perlawanan dengan gol sendiri Toni Lato memastikan kemenangan ketika berbaki 11 minit permainan.

Atletico hanya bolos dua kali dari sembilan perlawanan liga setakat musim ini.

“Kami melakukan peningkatan besar sejak bulan April, sejak perlawanan menarik di Liverpool,” kata Simeone ketika merujuk kemenangan agregat 4-2 ke atas Liverpool di pusingan kedua Liga Juara-Juara.

“Kepulangan ke La Liga (selepas perintah berkurung pertama) adalah sangat bagus dan pasukan sudah mula menunjukkan petanda menggalakkan Keputusan ini adalah kerana peningkatan semua pemain.”

Pada perlawanan lain, Sevilla menewaskan Huesca 1-0 menerusi gol Youssef En-Nesyr, membolehkan mereka kurang satu mata di belakang Real Madrid. — AFP

Advertisement