Anda di sini

Hamilton duduki petak pertama buat kali ke-98

Advertisement
 Jentera Hamilton berada di pit hentian selepas sesi kelayakan menjelang Formula 1 GP Bahrain. — Gambar AFP
UNGGUL: Jentera Hamilton berada di pit hentian selepas sesi kelayakan menjelang Formula 1 GP Bahrain. — Gambar AFP

MANAMA: Lewis Hamilton memberikan pujian yang tinggi kepada sikap profesional pasukannya, Mercedes, pada Sabtu selepas memperbaharui lagi rekod dengan menduduki petak pertama perlumbaan buat kali ke-98 dalam kerjayanya menjelang perlumbaan Grand Prix Bahrain.

Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) itu mempamerkan pemanduan satu pusingan hampir tanpa sebarang kesilapan pada sesi yang ujian masa kelayakan sengit untuk menewaskan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas dengan kelebihan 0.289 saat.

“Ini adalah satu kesinambungan tentang apa yang boleh kami lakukan sebagai sebuah pasukan,” kata Lewis, menyedari bahawa ia adalah kali ke-11 di mana dua pemandu Mercedes berada di dua petak pertama perlumbaan dan yang ke-75 keseluruhannya.

“Saya terus kagum dengan pasukan saya dan cara mereka bekerja-keras setiap minggu.

“Untuk berada di sini, di Bahrain dan dapat memberikan satu pusingan seperti ini! Saya hanya datang dan berkata ‘mari kita hanya bergembira dan menikmatinya’.

“Ia adalah apa yang paling penting dan dengan tekanan sudah tiada lagi, ia agak melegakan untuk memandu seperti hari ini. Ia adalah tentang cuba mencari keseimbangan sempurna.”

Ditanya bagaimana beliau meraikan kemenangan bersejarah pada Grand Prix Turki di mana beliau menyamai rekod Michael Schumacher dengan  memenangi kejuaraan dunia buat kali ketujuh dan juga  memenangi perlumbaan buat kali ke-94 dalam kerjayanya, beliau memberikan jawapan yang serius.

“Saya tidak meraikannya secara berlebihan. Saya berlatih dan cuba memastikan saya bersedia untuk perlumbaan hujung minggu ini dan mengekalkan fokus.”

Dengan berbaki dua perlumbaan sahaja lagi musim ini, Hamilton boleh mencapai angka ke-100 untuk petak pertama pada perlumbaan terakhir dan beliau juga mahu meningkatkan jumlah kemenangan musim ini dari 10 kepada 13, menyamai rekod Schumacher. — AFP

Advertisement