Anda di sini

Tujuh cuti hujung minggu yang panjang untuk Sarawak tahun depan

Advertisement
Rakyat Sarawak akan menikmati banyak cuti umum pada 2020.
Rakyat Sarawak akan menikmati banyak cuti umum pada 2020.

KUCHING: Rakyat Sarawak dijangka akan menikmati tujuh cuti hujung minggu yang panjang tahun depan, menurut takwim kerajaan negeri 2020.

Untuk perayaan Tahun Baharu Cina, pekerja am di Sarawak akan diberikan cuti selama tiga hari pada 25 hingga 27 Januari. 

Hari Isnin, 27 Januari, akan menggantikan hari kedua bagi perayaan tersebut yang jatuh pada hari Ahad.

Satu lagi tempoh cuti hujung minggu akan diberikan dari 10 hingga 12 April sempena Good Friday. 

Cuti untuk Hari Buruh pada 1 Mei yang jatuh pada hari Jumaat pula akan diteruskan dengan cuti pada hari Sabtu dan Ahad.

Hari Raya yang jatuh pada 25 dan 26 Mei akan menyaksikan cuti diberikan dari hari Sabtu hingga Selasa manakala Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun yang jatuh pada hari Selasa juga akan menyaksikan cuti hujung minggu yang panjang.

Rakyat Sarawak juga akan menikmati cuti dari 31 Julai hingga 2 Ogos bersempena Hari Raya Korban yang akan jatuh pada 31 Julai (Jumaat).

Cuti terakhir pada hujung minggu untuk tahun depan akan berlangsung dari 25 hingga 27 Disember iaitu sempena Krismas yang akan jatuh pada hari Jumaat.

Advertisement