Anda di sini

Datuk tiri lakukan amang seksual ditahan

Advertisement
Suspek dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut.
Suspek dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Seorang lelaki warga emas yang disyaki melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya berusia 14 tahun berjaya ditangkap oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan petang tadi.

Suspek, 58, ditahan untuk membantu siasatan dakwaan seorang remaja perempuan bahawa datuk tirinya itu cuba merogolnya dalam satu insiden di Matang Jaya, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata mangsa,14 tahun semasa kejadian bersama adiknya yang berusia 10 tahun sahaja berada di rumah iaitu sekitar jam 3 petang.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai kontraktor pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada mangsa dan adiknya.

"Suspek dikatakan menghampiri mangsa yang ketika itu berada di ruang tamu dan cuba berbual dengan mangsa sebelum beredar selepas mangsa tidak menghiraukannya.

"Suspek bagaimanapun datang semula dan terus mencekup mulut mangsa serta menindihnya sebelum bertindak membuka pakaian mangsa.

"Mangsa meronta-ronta untuk menyelamatkan diri dan kemudian bertindak mengigit lengan kiri suspek sehingga dia dilepaskan," kata Aidil dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian beredar dari tempat kejadian, manakala mangsa terus menghubungi ibunya untuk mendapatkan bantuan.

"Ibu mangsa yang sedang bekerja semasa kejadian terus pulang dan membawa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian.

"Sehingga laporan dibuat, keluarga mangsa tidak mengetahui kedudukan suspek," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Suspek merupakan suami kedua kepada nenek mangsa yang berusia 53 tahun.

"Suspek pulang ke rumah nenek mangsa secara bergilir kerana dia mempunyai seorang lagi isteri pertama yang juga tinggal di kawasan Matang," jelas Aidil.
 

  • oleh
  • Advertisement