Anda di sini

Banjir di Kampung Jugan berkemungkinan berpunca saliran cetek 

Advertisement
Penduduk dipindahkan ke balai raya Kampung Jugan malam tadi. - Gambar ihsan APM

BAU: Banjir yang berlaku di Kampung Jugan dekat sini malam tadi berkemungkinan berpunca daripada saliran yang cetek. 

Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam berkata seramai 44 penduduk melibatkan tujuh keluarga di kampung tersebut terjejas dalam kejadian banjir kurang daripada 12 jam malam tadi. 

“Tahap banjir yang melanda Kampung Jugan malam tadi bukan berstatus kekal dan semua penduduk sudah kembali ke rumah masing-masing jam 9 pagi tadi. 

“Bagaimanapun, kita akan buat tindakan susulan dan kaji punca kepada banjir ini kerana tahun ini sahaja sudah lebih daripada tiga kali kampung ini dilanda banjir,” katanya ketika ditemui di Dataran Bazaar Krokong di sini hari ini. 

Anielia ketika ditemui pemberita hari ini
Anielia ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambah Anielia, jika banjir berlaku kurang daripada 12 jam ia berkemungkinan berpunca daripada saliran yang cetek. 

Dalam kejadian sebelum ini, ia didapati berpunca daripada pembetung kecil. 

Bagi kejadian malam tadi, berkemungkinan ada saliran kecil yang perlu dibersihkan. 

Ditanya kampung-kampung lain dalam dearah ini yang terjejas akibat banjir, Anielia berkata setakat ini hanya Kampung Jugan sahaja. 

Kawasan-kawasan lain katanya lebih kepada kejadian tanah runtuh terutama dalam kawasan Serembu. 

“Di Kampung Gumbang dan Bijure ada kes tanah runtuh dan penduduk dalam pemantauan kita. 

“Dari segi tahap kerosakan masih terkawal dan tiada rumah yang mengalami kerosakan sepenuhnya. 

“Bagaimanapun kita membantu alihkan tanah agar kawasan tersebut selamat kepada penduduk,” katanya. 

  • oleh
  • Advertisement