Anda di sini

Kerjasama erat jamin maklumat tepat sampai kepada rakyat

Advertisement
 Para artis tempatan bersama dengan para penyampai radio merakamkan kenangan bersama.
DI SEBALIK TADBIR: Para artis tempatan bersama dengan para penyampai radio merakamkan kenangan bersama.

KERJASAMA pelbagai agensi kerajaan amat penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan secara langsung kepada masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kerjasama yang erat dapat membantu kementerian menyampaikan maklumat seperti kepenggunaan melalui program turun padang.

Katanya, gabungan seperti ini sebenarnya memberikan kesan yang sangat efektif dan pengguna dapat membina satu kefahaman yang baik tentang isu isu kepenggunaan dan tahu tentang hak hak mereka.

 Antara ragam penduduk rumah panjang beserta penyampai-penyampai WAIfm ketika sukaneka.
LUCU: Antara ragam penduduk rumah panjang beserta penyampai-penyampai WAIfm ketika sukaneka.

Tambahnya, program yang menyasarkan masyarakat di pedalaman harus dipertingkatkan untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan program program kementerian.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program Berambeh SIBUfm dan Kepenggunaan di Rumah Ganda, Wak Pakan dekat Sarikei, baru-baru ini.

Seramai empat artis tempatan terlibat dalam persembahan pentas Berambeh SIBUfm iaitu Angela Lata Jua, Richard Lee, Dara Helena dan Slyvester Andy.

 Para penyampai WAIfm sempat berjenaka dengan penduduk rumah panjang.
MENCUIT HATI: Para penyampai WAIfm sempat berjenaka dengan penduduk rumah panjang.

Kehadiran para penyampai SIBUfm turut memeriahkan lagi program pada kali ini yang pertama kalinya turut menampilkan penyampai radio WAIfm dari RTM Miri, Bintulu dan Sri Aman.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti sukaneka, ceramah kepenggunaan, ceramah daripada Lembaga Lada Malaysia, demonstrasi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintangor, pameran oleh agensi-agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan dan Pentas Berambeh.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang dan Pengarah KPDNHEP Negeri Sarawak Datuk Stanley Tan.

  • oleh
  • Advertisement