Anda di sini

UPMKB lawat Curtin University Miri dan Universiti Brunei Darussalam

Advertisement
 

Sumbangan UPMKB

PROGRAM Outbound ke Curtin University Miri dan Universiti Brunei Darussalam 2018 telah dianjurkan oleh Sekretariat Kebajikan, Perpaduan dan Jaringan Komuniti,

Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2018/2019 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada 15 hingga 17 Disember 2018 lepas.

Program itu bertujuan menggalakkan belia dalam kalangan pelajar universiti melibatkan diri dalam lawatan ilmiah yang dijalankan di samping mendedahkan pelajar dengan adat dan budaya masyarakat Brunei.

Program Outbound ke Curtin University Miri dan Universiti Brunei Darussalam 2018 telah dijalankan selama tiga hari, disertai 40 pelajar dan pegawai UPMKB.

 

Program bermula dengan lawatan ke Curtin University Miri dan para peserta diiringi oleh pegawai universiti untuk melihat persekitaran universiti serta turut mendapat peluang melihat teknologi baharu pembinaan bangunan kampus.

Program lawatan diteruskan ke negara Brunei Darussalam selama dua hari dengan lawatan ke Universiti Brunei Darussalam.

 

Di Universiti Brunei Darussalam pelajar diberi taklimat berkenaan Program Pertukaran Pelajar atau ‘`Student Exchange Programme’, program-program yang ditawarkan universiti itu dan sejarah Universiti Brunei Darussalam oleh Pengarah Perhubungan Global Dr Sabrina Daud dan Timbalan Pengarah Perhubungan Global Irmawati Ahmad serta Penyelaras Program Global Discovery Harris Ar-Rafi Mohd Zaini.

Para peserta juga berkesempatan melawat kolej kediaman yang menempatkan pelajar antarabangsa. Sebelum lawatan berakhir, pelajar dibawa melawat Taman Botani Universiti Brunei Darussalam.

 

Pelbagai flora dan spesies tanaman dikumpul, dibiak dan dipelihara dengan anggaran 200 tumbuhan dan 100 spesies pokok yang tumbuh di kawasan seluas lima ekar hutan gambut tropika di taman itu.

Rombongan juga berkesempatan melawat Masjid Omar Ali Saifuddien, Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Bandar Seri Begawan, Istana Nurul Iman dan juga Jerudong Park.

Melalui program itu para peserta dapat menimba pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan adat, budaya, bahasa, makanan yang berlainan daripada adat budaya di Malaysia dan negara luar.

Advertisement