Anda di sini

Kampung Limpaku Pinang tidak pernah disisih daripada pembangunan

Advertisement
 Dr Abdul Rahman yang tiba di Kampung Limpaku Pinang disambut mesra penduduk.
BERTEMU RAKYAT: Dr Abdul Rahman yang tiba di Kampung Limpaku Pinang disambut mesra penduduk.
 Dr Abdul Rahman melawat seorang warga emas yang uzur, Ladis Osman.
BERTANYA KHABAR: Dr Abdul Rahman melawat seorang warga emas yang uzur, Ladis Osman.
 Seorang warga emas menerima bantuan yang diserahkan oleh Dr Abdul Rahman (empat kiri). Turut kelihatan Hasbi (tiga kiri), Sufian (kanan) dan rombongan PBB Bukit Kota.
RINGAN BEBAN: Seorang warga emas menerima bantuan yang diserahkan oleh Dr Abdul Rahman (empat kiri). Turut kelihatan Hasbi (tiga kiri), Sufian (kanan) dan rombongan PBB Bukit Kota.
 Simatzaman (tiga kiri), Hasbi (lima kiri), Dr Abdul Rahman dan Sufian (tiga kanan) bergambar bersama rombongan dan penduduk Kampung Limpaku Pinang.
BERSAMA RAKYAT: Simatzaman (tiga kiri), Hasbi (lima kiri), Dr Abdul Rahman dan Sufian (tiga kanan) bergambar bersama rombongan dan penduduk Kampung Limpaku Pinang.
 Dr Abdul Rahman menyerahkan hadiah kemenangan pertandingan mewarna kepada seorang kanak-kanak.
TERUJA: Dr Abdul Rahman menyerahkan hadiah kemenangan pertandingan mewarna kepada seorang kanak-kanak.

HANYA dihubungi melalui jalan sungai, Kampung Limpaku Pinang satu-satunya kampung yang terletak di pesisir sungai Kuala Limbang tidak pernah disisihkan daripada arus pembangunan, malah kampung itu turut menikmati pelbagai kemudahan asas hasil kepimpinan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada 2014 lebih 300 penduduk menikmati kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang siap dipasang di setiap 40 buah rumah di kampung berkenaan sejak memohon pada tahun 2000.

Projek BELB melibatkan Kampung Limpaku Pinang itu bernilai RM4.8 juta membabitkan 42 orang dengan purata kos RM116,428 setiap pengguna.

Pelaksanaan BELB di kampung itu agak sukar dan mencabar kerana kedudukan kampung yang hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai, namun pelaksanaan BELB itu bukti kesungguhan kerajaan dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat.

Selain BELB, penduduk Limpaku Pinang yang kebanyakannya berasal dari Kampung Dato Kuala Lawas sebelum berhijrah ke kampung itu pada 1977 turut menikmati kemudahan bekalan air melalui tangki tadahan air.

Pada masa ini impian penduduk untuk mendapatkan sebuah dewan bakal tercapai melalui peruntukan RM250,000 untuk pembinaan fasa pertama tahun depan seperti yang diumumkan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail pada Program PBB Bersama Komuniti, baru-baru ini.

Selain Dr Abdul Rahman, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah turut mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi kerja baik pulih jambatan Kampung Limpaku Pinang.

Program PBB Bersama Komuniti anjuran Jawatankuasa Randau dan Pelancongan PBB 79 Bukit Kota yang diadakan julung kali itu adalah usaha ahli Parti PBB Bukit Kota untuk mendekati rakyat selain menghulurkan sumbangan.

“Jauh di kuala Sungai Limbang bukan halangan untuk kita terus mendekati rakyat selain membantu mereka yang memerlukan,” kata Dr Abdul Rahman.

Pada program itu Dr Abdul Rahman yang mempunyai latar belakang doktor perubatan bersama rombongan turut menjenguk tiga penduduk kampung yang terlantar sakit.

Turut diadakan ialah pesta memancing bersama keluarga, pertandingan mewarna, karaoke terbuka, masakan, solat Zohor dan ceramah Maal Hijrah.

Turut sama ialah Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) yang juga Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat, Ketua Wanita PBB Bukit Kota Kaunselor Nonnimarlini Abdullah, Timbalan Walikota MDL Kaunselor Dahlan Dullah, Ketua Kampung Limpaku Pinang Simatzaman Sapar dan Ketua Kampung Bulantak Abdul Aji Ali.

  • oleh
  • Advertisement