Anda di sini

Aibkan wanita: Lelaki tempatan dipenjara seminggu

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang mengambil gambar bahagian bawah skirt seorang wanita, dikenakan penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman itu terhadap Somuil Longis Jr, 26, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Bab 80 Sabah).

Hukuman yang diperuntukkan, denda maksimum RM25 atau penjara selama tempoh dua minggu.
Tertuduh didapati berkelakukan tidak senonoh di tempat awam, pada 4 April jam 10 pagi di kedai Super Save, Kompleks Karamunsing, di sini.

Somuil ketika diiringi anggota polis.
Somuil ketika diiringi anggota polis.
  • oleh
  • Advertisement