Anda di sini

PATI cuba seludup keluar minuman keras dicekup

Advertisement
 PATI tersebut dikawal oleh anggota 13 RAMD sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
TANGKAP: PATI tersebut dikawal oleh anggota 13 RAMD sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

SERIAN: Cubaan seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar 28 botol minuman keras dianggarkan bernilai sekitar RM800 tidak berjaya apabila dicekup anggota tentera dari Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD).

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, PATI berusia 19 tahun itu semasa ditahan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan iaitu sekitar jam 8 pagi di kawasan Ladang Tetangga Akrab , Tong Nibong di sini kelmarin.

“Hasil pemeriksaan mendapati PATI terbabit membawa tujuh kotak minuman keras dan setiap kotak mengandungi 24 botol.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah serta motosikal yang ditungganginya juga tiada nombor pendaftaran menyebabkan dia ditahan dan minuman keras serta motosikalnya turut disita,” katanya.

PATI yang berasal dari Balai Karangan, Indonesia itu kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement