Anda di sini

Keputusan Norah tidak pertahan Tanjung Manis dihormati

Advertisement
LEN TALIF
LEN TALIF
ABDULLAH
ABDULLAH

KUCHING: Keputusan penyandang kerusi Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman untuk tidak mempertahankan kerusi itu dihormati oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan tersebut.

Sambil melahirkan rasa terharu, ADUN Semop Abdullah Saidol berkata selama dua penggal berkhidmat, tidak dinafikan jasa dan sumbangan Norah banyak terutama dalam mendapat peruntu-kan daripada kerajaan persekutuan untuk pelbagai projek infrastruktur asas.

“Saya berharap apapun masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau, semoga tidak serius dan cepat ber-ansur pulih.

“Saya hanya mengetahui tentang perjumpaan Norah dengan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) selepas dimaklum pihak ketiga,” katanya diminta mengulas mengenai perkembangan itu semalam.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN), Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) berkata beliau menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Abang Johari.

“Cuma harapan saya ialah siapa pun yang menjadi calon nanti mestilah memahami sebahagian besar kawasan Parlimen Tanjung Manis ialah kawasan pedalaman yang memerlukan wakil rakyat mempunyai kesungguhan me-      majukan kawasan diwakili, rajin menjenguk kawasan bila-bila masa dan berani menyuarakan permasalahan di kawasan,” ujarnya.

Parlimen Tanjung Manis mempunyai potensi besar untuk menjadi kawasan pe-nyumbang kepada ekonomi negeri katanya, sambil menambah, dalam masa sama beberapa kawasan masih memerlukan pembangunan infrastruktur asas dengan segera.

Wakil rakyat di situ juga perlu peramah, mudah di-dekati dan adil memandang-kan ia merupakan kawasan penduduk berbilang kaum dan agama.

Tidak kurang penting juga individu tersebut perlu memahami inspirasi dan falsafah politik BN terutama budaya dalam PBB, jelasnya.

“Wakil rakyat itu kelak mesti mendukung dan me-nyokong polisi serta inisiatif presiden parti (Abang Johari) yang memperkenalkan berbagai inisiatif pembangunan negeri serta kesejahteraan terutama rakyat di negeri Sarawak.

“Dan mesti berani bersuara di Parlimen atau di Putrajaya nanti untuk memelihara kepentingan dan hak negeri,” katanya.

Mengulas perkemba-ngan sama, ADUN Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh menyifatkan Norah telah memberi perkhidmatan terbaik sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen.

“Kita harus menghormati keputusan beliau dan kita semua berdoa semoga beliau diberi kesihatan yang baik.

“Saya sebagai ADUN Kuala Rajang mengucapkan terima kasih kepada beliau,” kata-nya.

Menurutnya, beliau cuma mengetahui perkembangan itu apabila membaca akhbar The Borneo Post semalam.

Norah kelmarin menerusi laman media sosialnya, menyatakan hasrat untuk tidak bertanding atas faktor kesihatan.

  • oleh
  • Advertisement