Anda di sini

Kanak-kanak 7-11 tahun dipelawa sertai Klinik Juara Futsal Milo 2018

MIRI: Kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun dipelawa menyertai Klinik Juara Futsal Milo 2018 yang dijadualkan berlangsung bermula pada 31 Mac depan.

 Jurulatihnya, Elizabeth Oyau berkata program itu adalah kesinambungan program tahun lalu yang juga mendapat sambutan menggalakkan.

 “Kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun diberi pendedahan teknik betul bermain futsal seperti kawalan bola, hantaran, strategi dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

 Elizabeth berkata, pemainan futsal secara asasnya amat berbeza dengan bola sepak 11 pemain dengan memerlukan pergerakan pantas dan stamina tinggi.

 “Kita percaya jika kanak-kanak ini dibentuk pada usia muda, mereka mampu menjadi pemain futsal terbaik sekali gus menyarung jersi negara pada masa akan datang,” katanya.

 Sebanyak lapan sesi diadakan iaitu 31 Mac dan 1 April (dua sesi), 7 dan 8 April (dua sesi), 14 dan 15 April (dua sesi) serta 21 dan 22 April (dua sesi).

 Yuran penyertaan sebanyak RM120 dan hanya terhad kepada 30 kanakkanak sahaja.

 Sesi pembelajaran dan latihan diadakan di King Sport Centre Senadin bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

 Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Elizabeth di talian 012- 8982201 atau Fadilah Ibrahim (013-8137598).

 Beliau percaya objektif MILO menganjurkan program sukan pada usia muda itu mencapai matlamatnya dengan mencari dan mengasah bakat-bakat muda.

 “Menerusi sokongan berterusan MILO, tidak mustahil kita boleh mengasah atau melahirkan lebih ramai pemain futsal berbakat khasnya kalangan kanak-kanak,” katanya.