Anda di sini

Polis Tawau tahan wanita Filipina miliki lebih 3kg syabu

Advertisement
 Fadil (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu seberat 3.029 gram yang dianggarkan bernilai RM240,000.00 di sebuah rumah di kawasan Kampung Wakuba Batu 15 Jalan Apas, Tawau, semalam. — Gambar Bernama
HASIL RAMPASAN: Fadil (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu seberat 3.029 gram yang dianggarkan bernilai RM240,000.00 di sebuah rumah di kawasan Kampung Wakuba Batu 15 Jalan Apas, Tawau, semalam. — Gambar Bernama

TAWAU: Polis menahan seorang  wanita Filipina dan merampas lebih tiga kilogram syabu bernilai kira-kira RM240,000 dalam Ops Tapis di sebuah rumah di Kampung Pangkalan  Wakuba dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata wanita berumur 55 tahun dan tidak memiliki dokumen diri itu ditahan pada kira-kira jam 5.30 pagi dan dipercayai anggota sindiket dadah yang aktif menjual bahan larangan itu di daerah ini dan sekitarnya.

Beliau berkata polis kini giat memburu anggota lain sindiket itu.

“Suspek yang tidak bekerja ini merupakan sebahagian (anggota) sindiket  (dadah) yang disasarkan polis daerah ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta Proton Waja bernilai RM25,000 daripada suspek. — Bernama

Advertisement