Anda di sini

Sesi persekolahan 2018 di Sarawak bermula 2 Januari

Advertisement

KUCHING: Sesi persekolahan 2018 di Sarawak akan bermula pada 2 Januari ini dengan jumlah hari persekolahan sebanyak 214 hari atau 43 minggu.

Bagi memastikan persediaan dan perancangan yang rapi sebelum sesi persekolahan 2018 bermula, pasukan ‘Task Force’ telah diwujudkan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membantu menangani isu-isu persediaan pembukaan persekolahan jika ada.

Pemeriksaan persediaan pembukaan sesi persekolahan 2018 dijalankan selama empat minggu bermula 13 November hingga 8 Disember 2017.

Pemeriksaan ini adalah bagi memastikan ‘Touch Point’ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1Murid 1Meja 1Kerusi 1Set Buku Teks) disediakan dengan secukupnya.

Berdasarkan kenyataan media JPNS semalam, keseluruhannya terdapat 1,497 kelas prasekolah telah diwujudkan di 1,115 institusi pendidikan di Sarawak pada 2018 dengan keseluruhan jumlah kanak-kanak seramai 23,164 orang (tidak termasuk pendaftaran lewat).

Bagi sekolah rendah pula, seramai 240,676 murid akan bersekolah di 1,265 sekolah rendah di seluruh negeri termasuk 39,231 murid yang telah didaftar untuk kemasukan ke tahun satu bagi sesi 2018.

Advertisement