Anda di sini

Tiga maut dalam kemalangan jalan raya

Advertisement

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki dan dua wanita maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta pikap di persimpangan RH Bakong, Jalan Beluru-Lapok dekat sini hari ini. 

Mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Khieng Wei, 11, Tan Ai Shan, 28, dan Eyeo Chun Hua, 50 masing-masing dari Pekan Long Lama. 

Manakala seorang lelaki berusia 27 tahun yang merupakan pemandu kereta malang itu cedera. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata kemalangan maut tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang. 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pikap yang dari arah Long Lama ke Miri terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dari arah Miri ke Long Lama. 

"Tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang pemandu kereta tersebut dan pemandu pikap dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut," katanya. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Tiga maut di tempat kejadian.
Tiga maut di tempat kejadian.
Remuk akibat bertembung dengan pikap.
Remuk akibat bertembung dengan pikap.
  • oleh
  • Advertisement