Anda di sini

Landas 11 dinobatkan Raja Sungai

Advertisement
 Sultan Hassanal menyampaikan hadiah kepada wakil pasukan Landas sambil disaksikan Tun Taib (tiga kiri), Abang Johari (kiri) dan tetamu lain.
TAHNIAH: Sultan Hassanal menyampaikan hadiah kepada wakil pasukan Landas sambil disaksikan Tun Taib (tiga kiri), Abang Johari (kiri) dan tetamu lain.
 Sultan Hassanal turut serta dalam perlumbaan kategori VIP - Bidar 20 Pekayuh Lelaki.
BERSEMANGAT: Sultan Hassanal turut serta dalam perlumbaan kategori VIP - Bidar 20 Pekayuh Lelaki.

Sekali gus merangkul Piala TYT dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000

KUCHING: Pasukan Landas 11 dinobatkan gelaran Raja Sungai pada tahun ini setelah muncul juara bagi kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki temasya Regata Sarawak 2017 di Tebingan Kuching yang melabuhkan tirai petang semalam.

 Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan pasukan pilihan itu merangkul piala rebutan utama - Piala TYT dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

 Tempat kedua dimenangi pasukan Yayasan Sarawak dan ketiga juga milik Landas 31 dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000 dan RM6,000.

 Regata Sarawak dianjurkan buat kali ke-145 tahun ini juga melakarkan sejarah apabila turut disertai Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari berkayuh perahu kategori VIP - Bidar 20 Pekayuh Lelaki.

 Sultan Hassanal turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

 Regata Sarawak dianjurkan setiap tahun adalah bagi memupuk dan memperkuat impian Sarawak menjulang F Insigne ketepi kekecewaan Itali gagal ke Rusia F Real, Atletico tercicir 10 mata di belakang Barca Pogba pastikan United bangkit benam Newcastle Jesus, De Bruyne bantu City mencipta kemenangan ke-16 berturut-turut 18 dalam semua pertandingan dan mempopularkan nama negeri di persada dunia lebihlebih lagi sebagai sebuah destinasi pelancongan maju, progresif, sejahtera dan unik.

 Pelbagai acara dan aktiviti diadakan seperti perlumbaan Bot Naga Antarabangsa yang mendapat penyertaan dari luar negara seperti Brunei, Hong Kong, China, Bangladesh, India, Australia, Filipina dan Singapura.

 Selain itu, Festival Keusahawanan dan Makanan serta Promosi Kraf Malaysia termasuk persembahan kebudayaan, kesenian dan warisan juga menyemarakkan Regata Sarawak tahun ini.

 Regata Sarawak berjaya menarik kebanjiran penduduk seluruh negeri dan pada masa sama menarik minat pelancong dalam dan luar negera berkunjung ke temasya sukan air itu.

  • oleh
  • Advertisement