Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah tuduhan miliki loteri haram

MIRI: Seorang lelaki didenda RM3,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret mengaku bersalah atas tuduhan memiliki tiket loteri haram.

Hii Yin Han, 24, dari Lopeng di sini telah didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh didapati ada memiliki dua keping kertas putih tercatit nombor ekor haram berangka 10,000 sebagai loteri awam haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.40 petang pada 2 Ogos lalu di sebuah premis di Taman Jade Manis di sini.