Anda di sini

Projek MRT pencapaian bermakna buat Gamuda

Advertisement
Laluan MRT SBK mengambil masa selama 84 minit perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang.
Laluan MRT SBK mengambil masa selama 84 minit perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang.

KEUPAYAAN Gamuda Berhad membangunkan projek MRT terbukti apabila keseluruhan fasa projek laluan Sungai Buloh- Kajang (SBK) siap dilaksanakan dan sedia digunakan masyarakat umum selepas dilancarkan pada 17 Julai lalu.

Pelancaran fasa kedua MRT yang menghubungkan terus Stesen Sungai Buloh sehingga Kajang itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, Najib melancarkan pembukaan fasa pertama MRT melibatkan laluan antara Stesen Sungai Buloh hingga Semantan sejauh 21 kilometer dengan 12 stesen pada 15 Disember tahun lepas.

Menerusi pembukaan laluan SBK berkenaan, ia sekali gus melengkapkan projek bernilai RM21 bilion yang merentasi jarak sejauh 51 kilometer mem­babitkan 31 stesen di sepanjang laluannya.

Gamuda Berhad melalui anak syarikatnya, Gamuda Engineer­ing Sdn Bhd sememangnya sudah berada di barisan hadapan dalam menguruskan projek kereta api utama di Malaysia.

DIIKTIRAF SEBAGAI ANTARA 30 SYARIKAT TERBESAR UTAMA BURSA MALAYSIA

Disokong oleh rekod cemerlang dan mengurus pembangunan projek berskala besar mengikut jadual, digabung dengan keu­payaan dalam inovasi kejuruteraan dan penyelesaian besar, Gamuda disenaraikan sebagai pendahulu untuk mendapatkan projek in­frastruktur berskala besar yang dirancang untuk negara ini.

Gamuda diiktiraf sebagai antara 30 syarikat terbesar utama yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan pemegang saham ter­masuk institusi besar dan be­reputasi seperti KWSP, KWAP, PNB serta dana pelaburan asing dan mempunyai modal pasaran RM13 bilion.

Ubull di Stesen Mutiara Damansara tidak sabar lagi mahu menaiki MRT.
Ubull di Stesen Mutiara Damansara tidak sabar lagi mahu menaiki MRT.

 BUKTIKAN MAMPU

LAKUKAN PERUBAHAN BE­SAR DALAM SISTEM PEN­GANGKUTAN AWAM

Pengarah Urusannya Datuk Ubull Din Om berkata, sejak 15 ta­hun lalu, syarikat tersebut membina kepakaran utuh dalam infrastruktur kereta api melalui beberapa projek di dalam dan luar negara antaranya MRT Kaohsiung di Taiwan sepa­njang hampir empat kilometer (km), projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan terbaharu, MRT di Lembah Klang.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya turut mem­bangunkan kepakaran pekerja tempatan merangkumi pelbagai set kemahiran yang diperlukan bagi merancang dan membina projek kereta api.

“Kemahiran tersebut termasu­klah pengurusan pembinaan dan perancangan projek, reka bentuk dan teknikal, kejuruteraan tanah dan geoteknikal, sivil dan struktur serta sistem dan elektrifikasi.

“Selain itu, ia turut melibatkan pengurusan kontrak dan peme­rolehan, pengurusan perhubungan awam dan pemegang saham, pengu­rusan risiko dan pengurusan kualiti serta keselamatan dan kesihatan,” katanya kepada Utusan Borneo dalam satu wawancara di ibu pejabat Gamuda baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ubull berkata, MRT adalah projek paling kom­pleks dan mencabar setakat ini berbanding projek-projek kereta api lain yang pernah dilaksanakan pihaknya.

“Kami kini sedang dalam proses membangunkan projek MRT kedua melibatkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP). Pengalaman dalam pembinaan dan pengurusan MRT SBK sebelum ini dapat dimanfaatkan untuk projek berkenaan.

“Laluan SSP ini dijangka lebih sukar dan mencabar kerana kead­aan bawah tanahnya yang 80 pera­tus adalah daripada jenis karst,” jelasnya.

Di sebalik kompleksiti pem­binaan projek MRT, Ubull berkata, pihaknya berjaya membuktikan kemampuan dalam memainkan peranan penting sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Kontraktor Bawah Tanah dalam menyiapkan laluan SBK mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan.

Turut hadir dalam sesi wawan­cara tersebut ialah Pengurus Besar Sistem Gamuda Engineering Sdn Bhd Mahadi Mahmud dan Penga­rah Eksekutif Gamuda Engineering Sdn Bhd Szeto Wai Loong.

Pengurus Besar Sistem, Gamuda Engineering, Mahadi Mahmud
Pengurus Besar Sistem, Gamuda Engineering, Mahadi Mahmud

Syarikat juga merancang dan mereka bentuk integrasi lancar antara pelbagai sistem meliputi gerabak kereta api, depot dan fasiliti penyelenggaraan, sistem kawalan isyarat dan kereta api, sistem pengedaran dan bekalan kuasa, sistem telekomunikasi, sistem pungutan tambang automatik, sistem kawalan pengawasan berintegrasi, kad akses elektronik serta skrin pintu platform.”

 KEJURUTERAAN GEOTEKNIKAL YANG MENCABAR

Kejuruteraan geoteknikal sangat penting dalam pembinaan projek MRT SBK kerana ia adalah seba-gai persediaan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan terutaman­ya dalam menguruskan hal-hal berkaitan risiko bawah tanah.

Mahadi berkata, keadaan tanah untuk projek MRT SBK dianggap mencabar memandangkan terow­ong laluan SBK perlu merentasi dua formasi tanah utama iaitu formasi pasir dan batuan sedimen di Kenny Hills dan formasi batu kapur di Kuala Lumpur.

Menurutnya, meskipun pasir dan batuan sedimen adalah jenis tipikal serta formasi geologi mu­dah diramal yang banyak ditemui di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, formasi batu kapur di Kua­la Lumpur adalah paling tinggi diluluhawa dengan ruang kosong diisi oleh air bawah tanah.

“Itu sebabnya pembinaan ter­owong besar merentasi tanah jenis karst adalah tugas yang mencabar. Banyak pengajaran pahit yang dipelajari ketika pembinaan pro­jek Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) sepanjang 9.7 km kerana diam­eternya adalah lebih besar untuk terowong dwifungsi berbanding terowong laluan MRT SBK,” jelasnya.

Mahadi memberitahu, kajian awal geologikal bagi projek MRT sudah dibuat bermula tahun 2006 dengan menjalankan pensampelan tanah di sepanjang jajaran terow­ong bawah tanah.

“Sepanjang laluan bawah tanah Jalan Bukit Bintang dibuktikan rumit untuk disampel tanpa se­barang bentuk lencongan trafik memandangkan hampir semua dipenuhi binaan.

“Tambahan pula, hampir tiada penyimpanan rekod oleh pihak berkuasa tertentu tentang apa yang tertanam di bawah tanah seperti kabel elektrik dan paip air.

“Apabila kontraktor men­jalankan ekskavasi secara ru­tin, mereka terkejut selepas menjumpai kabel elektrik dan paip air sedangkan perkara itu tidak dijangkakan lebih-lebih lagi pengimbasan tanah sudah dibuat menggunakan peralatan canggih untuk mengesan apa-apa objek yang tertimbus,” katanya.

Menurut Mahadi, sebagai seba­hagian daripada amalan terbaik, jika ada anomali atau kejanggalan besar dikesan di bawah tanah, kerja rawatan akan dijalankan bagi menstabilkan tanah agar Mesin Pengorek Terowong (TBM) dapat melalui laluan berkenaan sebaiknya.

“Bangunan yang terletak dalam ‘zon pengaruh’ terowong dipasang dengan penanda penyelesaian dan instrumen automatik lain yang da­pat membantu juruukur menen­tukan berapa banyak pergerakan yang berlaku.

“Menerusi maklumat berk­enaan, tahap penyelesaian semasa dan selepas TBM melalui kawasan tersebut boleh ditentukan,” ujarnya.

Dengan berakhirnya pembinaan MRT laluan pertama itu, Ma­hadi berkata, Gamuda kini sudah dapat membuktikan keupayaan serta kesediaan pihaknya untuk membangunkan sistem metro automatik sepenuhnya.

Menurutnya, ia termasuklah sistem kawalan isyarat dan kereta api meliputi ujian dan pentauliahan selain pencegahan dan pengesanan pelanggaran serta pusat kawalan operasi.

“Syarikat juga merancang dan mereka bentuk integrasi lancar antara pelbagai sistem meliputi gerabak kereta api, depot dan fasiliti penyelenggaraan, sistem kawalan isyarat dan kereta api, sis­tem pengedaran dan bekalan kuasa, sistem telekomunikasi, sistem pun­gutan tambang automatik, sistem kawalan pengawasan berintegrasi, kad akses elektronik serta skrin pintu platform,” katanya.

Szeto berkata, kesimpulannya, walaupun berdepan dengan pel­bagai cabaran, pihaknya mampu menyiapkan laluan MRT SBK te­pat pada masanya selain mengikut bajet yang ditetapkan.

Menurutnya, kejayaan itu tidak mampu dicapai tanpa pasukan di Gamuda yang memanfaatkan set kemahiran dalam menguruskan projek rel kereta api itu dengan pemikiran kritis yang membole­hkan mereka berinovasi setiap kali berdepan dengan sebarang cabaran.

“Kemahiran itu juga kini diguna pakai untuk kerja-kerja menyiap­kan laluan MRT SSP dan kerja bawah tanah yang dijangka akan dimulakan pada bulan Disember depan.

“Rakyat Malaysia kini berpel­uang menggunakan perkhidmatan MRT dan menikmati hubungan rangkaian yang lebih baik meman­dangkan Gamuda menyasarkan untuk menjadi sebahagian dari­pada pasukan pembinaan untuk projek pengangkutan awam utama lain yang dirancang negara pada masa akan datang,” katanya.

Pengarah Eksekutif Gamuda Engineering, Szeto Wai Loong
Pengarah Eksekutif Gamuda Engineering, Szeto Wai Loong

Rakyat Malaysia kini berpeluang menggunakan perkhidmatan MRT dan menikmati hubungan rangkaian yang lebih baik memandangkan Gamuda menyasarkan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembinaan untuk projek pengangkutan awam utama lain yang dirancang negara pada masa akan datang.”

Projek LRT DI SARAWAK

Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah dipetik dalam laporan media sebagai menyuarakan keinginan­nya untuk membina sebuah sistem transit aliran ringan (LRT) yang akan menghubungkan Serian, Kota Samarahan dan Kuching.

Walaupun masih pada peringkat perancangan awal, beliau yakin ia dapat dilaksanakan dengan kepaka­ran dari syarikat tempatan.

Dengan kepakaran dan te­knologinya dalam projek ber­skala besar, Gamuda yakin ia dapat melaksanakan projek yang sama di Sarawak.

Buat masa sekarang, Gamuda bersama Naim Holdings Berhad – Naim-Gamuda JV Sdn Bhd, sedang membina salah satu komponen bagi Lebuh Raya Pan Borneo.

Kontrak itu membabitkan pem­binaan dan peningkatan Pan Bor­neo Fasa 1 dari persimpangan Pantu ke Batang Skrang.

Pengarah Urusan Gamuda Engineering, Datuk Ubull Din Om
Pengarah Urusan Gamuda Engineering, Datuk Ubull Din Om

“Kami kini sedang dalam proses membangunkan projek MRT kedua melibatkan laluan Sungai Buloh- Serdang-Putrajaya (SSP). Pengalaman dalam pembinaan dan pengurusan MRT SBK sebelum ini dapat dimanfaatkan untuk projek berkenaan.”

(Dari kiri) Mahadi, Szeto dan Ubull menaiki kereta api MRT SBK.
(Dari kiri) Mahadi, Szeto dan Ubull menaiki kereta api MRT SBK.
  • oleh
  • Advertisement