Anda di sini

AZAM dan CJA anjur bengkel kewartawanan pada Sabtu ini

Advertisement

KUCHING: Bengkel Cabaran Etika dan Undang-Undang Bagi Wartawan Dalam Era Media Sosial diadakan pada Sabtu ini, di sini.

Anjuran Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) dan Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) Cawangan Sarawak dengan kerja-sama Sarawak Energy, sekurang-kurangnya 20 peserta dijangka akan menghadiri bengkel selama sehari itu.

Selama berdekad-dekad, Internet telah merevolusi bagaimana komuniti dunia berfungsi dan beroperasi, daripada politik kepada hiburan, per-ubahan berlaku dengan begitu cepat dan mentransformasikan landskap tradisional dalam cara yang belum pernah dilihat.

Baru-baru ini, kebangkitan media sosial juga menambah dinamik kompleks dunia digital yang memberi kesan kepada setiap orang dan setiap sektor, termasuk kewartawanan.

Menurut kenyataan akhbar semalam, bengkel itu akan dikendali-kan oleh pelatih antarabangsa, Dr Venkat Iyer, seorang peguam dan perunding media, yang pada masa masa ini bertugas di Sekolah Undang-Undang Ulster University di mana beliau mengajar undang-undang perlembagaan dan undang-undang media.

Dr Iyer juga mengendalikan kursus-kursus mengenai undang-undang media dan etika media untuk surat khabar dan organisasi media di seluruh dunia.

Beliau turut menulis beberapa buku dan artikel, pengarang ‘The Commonwealth Lawyer and The Round Table: Commonwealth Journal of International Affairs’, di mana kedua-duanya diterbit di London.

Selain bertujuan mengemas kini wartawan-wartawan tempatan tentang cabaran etika dan undang-undang dalam era digital, bengkel itu menyasar menyumbang kepada peningkatan profesionalisme di kala-ngan pengamal media dan bidang berkaitan di Sarawak.

Advertisement