Anda di sini

Sarawak di landasan betul dalam aspek pendidikan, kata Abang Johari

Advertisement

MUKAH: Sarawak di landasan betul dalam aspek pendidikan dengan penubuhan kementerian pendidikan di peringkat negeri.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, perkara itu bakal memperkasa sistem pendidikan negeri dengan kerjasama kementerian pendidikan pusat sekali gus negeri ini tidak tertinggal dalam banyak perkara terutama pendidikan.

Kita tidak dapat tunggu peruntukan lama-lama daripada kerajaan pusat, kita buat dahulu dengan duit kita dan Kuala Lumpur akan bayar kemudian,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di sini petang semalam.

Beliau menjelaskan, ia adalah kos bagi membaiki serta menyelenggara sekolah serta keperluan-keperluan berkaitan pendidikan yang masih ketinggalan terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Mengenai pendirian Sarawak yang turut mementingkan bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu, katanya ia adalah langkah wajar dan berkesinambungan dengan institusi pengajian tinggi yang terdapat di negeri ini.

Sebab, Sarawak dah banyak melabur dalam institusi pengajian peringkat antarabangsa dan anak-anak kita akan melanjutkan pengajian di institusi ini yang kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,” jelasnya.

Lagipun, bahasa Inggeris katanya adalah salah satu daripada bahasa teknologi yang diperlukan untuk memajukan diri.

Semua teknologi baharu dipelajari dalam bahasa Inggeris dan kita perlu belajar ini untuk maju,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau berjanji membawa kualiti pendidikan negeri ini ke satu tahap baharu dengan penubuhan kementerian serta barisan pemimpinnya.

Turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Micheal Manyin Jawong, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah serta dif-dif kenamaan lain.

Advertisement