Anda di sini

Vivo jadi penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jenama telefon pintar global Vivo telah mengumumkan kerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaja Piala Dunia FIFA untuk tempoh enam tahun, melibatkan dua liga perlawanan bola sepak baru-baru ini.

 Ini sekali gus akan menjadikan Vivo sebagai penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

 Sebagai jenama telefon pintar yang menjadi penaja rasmi FIFA World Cup, Vivo akan menaja Piala Konfederasi FIFA 2017, Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, Piala Konfederasi FIFA 2021 dan juga Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

 Melalui pengaruh global yang cukup besar, kerjasama selama enam tahun ini bakal membawa Vivo ke tahap yang lebih tinggi khususnya melibatkan pendedahan jenama telefon pintar ini di peringkat antarabangsa.

 Logo Vivo akan dipamerkan dalam setiap perlawanan yang diadakan termasuklah di papan iklan yang terdapat di padang bola, tiket perlawanan, siaran media dan lain-lain lokasi promosi utama.

 Hak yang diberikan oleh FIFA termasuklah program pemasaran khusus seperti menjemput jurugambar Vivo untuk mengambil gambar pemain semasa sesi memanaskan badan.

 Tidak lama lagi, Vivo juga akan memperkenalkan telefon FIFA World Cup yang menawarkan pengalaman lain dari yang lain untuk pengguna Vivo dan para peminat bola sepak.

 Selain itu, kakitangan FIFA juga akan menggunakan telefon pintar Vivo sepanjang perlawanan dan Piala Konfederasi FIFA 2017 yang bermula pada 17 Jun ini bakal menandakan permulaan kerjasama di antara Vivo dan FIFA.

 Sebagai penaja Piala Dunia FIFA, Vivo berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak perhatian di persada antarabangsa dan dengan kemajuan teknologi dan usaha penjenamaan yang berterusan, Vivo komited untuk mewujudkan lebih banyak kejayaan cemerlang pada masa hadapan.

 Penajaan Piala Dunia FIFA menunjukkan perkembangan progresif Vivo dalam menembusi pasaran antarabangsa.

Advertisement