Anda di sini

Terus kepada kerajaan negeri

Advertisement

Sarawak terima pelaksanaan Cukai Pelancongan tetapi enggan hasil kutipan disalur menerusi agensi atau cara lain.

 Abdul Karim pada sidang media di pejabatnya memperjelaskan pendirian Sarawak mengenai Cukai Pelancongan.
PERJEJAS: Abdul Karim pada sidang media di pejabatnya memperjelaskan pendirian Sarawak mengenai Cukai Pelancongan.

KUCHING: Sarawak menerima pelaksanaan Cukai Pelancongan (TT) tetapi mahu hasil kutipan diperuntukkan untuk negeri ini disalurkan terus kepada kerajaan negeri bukan menerusi agensi atau cara lain.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hasil kutipan TT akan dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Saya melihat ini sebagai satu cara yang boleh juga membawa kebaikan kepada Sarawak dari segi mempromosikan sektor pelancongan.

Namun dalam pertemuan Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) dengan Perdana Menteri baru-baru ini, beliau mahu pembahagian untuk Sarawak disalur terus kepada kerajaan negeri, bukannya melalui agensi atau cara lain,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau memberitahu, pelaksanaan TT yang dijadual berkuat kuasa 1 Julai ini turut dibincangkan pada mesyuarat kabinet negeri berlangsung pagi semalam.

Menurut Abdul Karim, Sarawak turut dimaklumkan iaitu pelancong atau rakyat tempatan dikecualikan dikenakan cukai bagi hotel tiga bintang dan ke bawah.

Bagaimanapun, ujarnya, masih terdapat beberapa perkara perlu diperhalusi antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Jadi saya melihat ini sebagai situasi ‘menang-menang’ untuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya.

Beliau bagaimanapun berpendapat penguatkuasaan TT pada 1 Julai 2017 dilihat agak membebankan kepada pengusaha hotel-hotel kerana seminggu lagi untuk ia dikuatkuasakan.

Pengusaha hotel, katanya, perlu melakukan pengubahsuaian serta menaik taraf perisian komputer termasuk kemudahan pembayaran secara kad kredit.

Justeru, beliau berharap tarikh penguatkuasaan TT akan diubah bagi memberi masa kepada pengusaha hotel mempersiapkan diri.

Kita mahu pelaksanaan TT ini berjalan dengan teratur. Pengusaha hotel mengetahui pihak dan cara pungutan dilakukan. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau Kastam perlu mengeluarkan notis kepada pengusaha hotel-hotel memaklumkan perkara ini.

Namun terpulang kepada kerajaan pusat yang menjadi pemungut TT untuk menentukan tarikh ia dikuatkuasakan,” ujarnya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Abdul Karim berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Nazri dan tidak pernah mengambil hati.

Saya tiada masa masalah dengan beliau (Nazri).Saya hanya melaksanakan kerja-kerja begitu juga beliau. Saya perlu menghormatinya kerana beliau seorang menteri kanan,” ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement