Anda di sini

Nyaris maut kereta terjunam ke parit

Advertisement
Anggota bomba memberi rawatan kecemasan sementara menunggu unit ambulans tiba.
DIBANTU:Anggota bomba memberi rawatan kecemasan sementara menunggu unit ambulans tiba.

BINTULU: Seorang lelaki nyaris maut setelah kereta dinaiki terbabas ke bahu jalan lalu terjunam ke dalam parit besar di tepi jalan dalam kemalangan kendiri berlaku Jalan Tatau-Bintulu, sekitar jam 10 pagi semalam.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, pihaknya seramai lapan orang diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Mohd Jusoh bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklum mengenai insiden berkenaan.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa dikenali sebagai William James berumur 37 tahun masih berada dalam kereta dan didapati mengalami kecederaan,” ujarnya.

Jelasnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Operasi menyelamat mangsa tamat sepenuhnya sekitar jam 10.31 pagi dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca menyebabkan berlakunya kemalangan itu.

Advertisement