Anda di sini

Dawai bergetah 'tarik' duit masjid

Advertisement

KUCHING: Seorang penolong pegawai penyelidik ditangkap selepas kantoi mencuri duit di tabung masjid Jamek menggunakan dawai yang diubahsuai untuk menarik keluar duit sekitar jam 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata suspek berusia 30 tahun dan berasal dari Mukah itu ditangkap anggota polis bantuan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek ditangkap sedang mencuri duit menggunakan dawai yang diubahsuai dengan meletakkan gula-gula getah di hujungnya untuk menarik keluar duit dari dalam tabung tersebut," katanya.

Wang masjid bersama peralatan mencuri dirampas daripada suspek.

Wang masjid bersama peralatan mencuri dirampas daripada suspek.

Menurutnya, antara yang turut dirampas daripada suspek ialah beg sandang, besi dawai, gula-gula getah dan wang tunia sekitar RM231.

Selain itu, suspek juga disahkan positif dadah jenis Meth selepas saringan awal ujian air kencing dijalankan ke atasnya.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
 

  • oleh
  • Advertisement