Anda di sini

Gas asli untuk tenaga bersih mendapat perhatian pada AOGC 2017

Advertisement

KUALA LUMPUR: Penggunaan gas asli untuk tenaga bersih menjadi tumpuan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-19 (AOGC 2017), ketika kerajaan di seluruh dunia meningkatkan usaha mengurangkan pelepasan karbon dan perubahan iklim.

Presiden Persatuan Gas Malaysia, Hazli Sham Kassim berkata, gas asli boleh menawarkan penyelesaian berdaya maju kepada negara yang mencari tenaga yang lebih bersih.

Untuk beberapa tahun akan datang, dunia masih memerlukan bahan api fosil kerana tenaga boleh diperbaharui mempunyai had tersendiri seperti kekangan geografi, ketersediaan yang tidak berterusan serta kos yang tinggi,” katanya pada  persidangan berkenaan.

Menurutnya, penggunaan gas asli, iaitu bahan api fosil paling bersih, bukan sahaja meningkatkan kualiti udara dengan mengurangkan pencemaran dan kabut, tetapi juga membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dengan menurunkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 50 peratus.

Satu analisis oleh Forum Gas Eropah melaporkan peningkatan penggunaan gas asli dalam pengangkutan akan menghasilkan penjimatan antara 60 bilion hingga 70 bilion euro (1 euro=RM4.74) menjelang 2030.

Pencapaian gas asli sebagai bahan api yang bersih, cekap dan efektif kos tidak boleh dipertikai lagi,” katanya dengan menambah, bekalan gas asli semasa boleh mengekalkan pengeluaran selama 250 tahun.

Dalam ucaptamanya kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa syarikat minyak supaya menggalakkan penggunaan gas asli sebagai pilihan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Menurutnya, syarikat minyak dan kerajaan boleh membentuk ‘perkongsian pintar’ bagi memanfaatkan potensi gas asli sepenuhnya sebagai pilihan berdaya maju bagi penggunaan tenaga lebih bersih. — Bernama

Saya berharap edisi AOGC ini akan membawa perspektif dan pandangan baharu kepada semua peserta dan mereka akan membawa kepada pendekatan baharu bagi menggerakkan inovasi ke tahap tertinggi, menghasilkan sumber tenaga yang banyak, lebih murah dan lebih bersih serta bagi memastikan masa depan industri dan rakyat kita cerah,” katanya.

Pada sesi panel persidangan itu, penggiat industri bersetuju gas asli cecair (LNG) akan menjadi komoditi penting, berdasarkan infrastruktur dan kemudahan yang sesuai, selain harga yang berpatutan dan disokong oleh penawaran dan permintaan.

Sehingga kita mempunyai akses penuh di semua terminal, terutamanya di Jepun, kita tidak akan berada dalam ruang yang sama,” kata Naib Presiden Pemasaran dan Dagangan LNG Petronas Ahmad Adly Alias.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Huluan) Petronas Datuk Anuar Taib berkata syarikat sedang mencari kaedah untuk meningkatkan dan memperluaskan asas pelanggannya bagi LNG dan melihat wujud permintaan dari Jepun, India, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Asia Tenggara.

Kami melihat peralihan yang lebih cepat dan lebih besar kepada gas pada masa ini, dan peranan kami adalah menyediakan sumber tenaga yang mampu milik dan mesra alam kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata dengan harga LNG yang pada masa ini merosot kepada antara US$6 dan US$7.50 (RM1=AS$4.34) bagi setiap juta unit termal Britain (mmBtu) berbanding antara AS$14 dan AS$15 setiap mmBtu pada 2014, menjadikan sumber tenaga lebih mampu dimiliki bagi negara-negara seperti Pakistan, Thailand, Bangladesh dan India.

Dalam laporan oleh portal berita perniagaan Asia Tenggara, ‘Investvine’, Malaysia mempunyai rizab gas asli kedua terbesar di ASEAN selepas Indonesia, yang dapat menyediakan bekalan bagi tempoh 30 tahun akan datang. — Bernama

Advertisement