Anda di sini

MPC sokong usaha tingkat organisasi kerajaan, swasta

Advertisement

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak akan sentiasa menyokong dan meneruskan usaha meningkat produktiviti organisasi sama ada sektor kerajaan mahupun swasta.

Pengurus MPC Wilayah Sarawak, Walia Mohd Nasir berkata program pembangunan memberi kesan positif kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) sekali gus membantu ekonomi negara.

Menerusi penganjuran Kem Pembudayaan Produktiviti dan Inovasi Wilayah Sarawak di Lundu, kelmarin, bertujuan menerap dan mewujud kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan kualiti, produktiviti dan inovasi.

Di samping itu, meningkatkan daya saing syarikat terutama dalam keadaan persekitran perniangaan yang mencabar.

Seramai 13 wakil daripada 13 syarikat PKS sekitar Kuching mengambil bahagian dalam kursus selema dua hari tersebut.

Menurut Walia, PKS  terlibat dalam bengkel itu merupakan peserta Program Geran PKS 2017 yang melaksanakan Program Pembangunan Sistem Transformasi Syarikat melalui LEAN dan ISO 9001:2015 selama enam bulan merangkumi laithan dan bimbingan oleh MPC.

Program pembangunan kapasiti seperti latihan dan pembangunan sistem produktiviti dan inovasi, program promosi seperti seminar, bengkel, konvensyen, penyelidikan, pemantauan daya saing negara dan program semakan peraturan.

Melalui kem dianjurkan ini, adalah diharap peserta dapat menimba pengetahuan, tips dan panduan untuk menggerakkan inisiatif kualiti di tempat kerja masing-masing sebagai ketua atau sebaliknya.

Program lanjutan selepas kem ini adalah pelaksanaan projek pembangunan sistem di syarikat masing-masing dan dilaksana dalam tempoh masa ditetapkan agar ianya mampu memberikan impak kepada produktiviti dan kualiti syarikat selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan PKS seluruh negara,” katanya.

Untuk rekod, PKS adalah penyumbang kepada perniagaan di negara ini dengan peratusan sebanyak 97 peratus.

Advertisement