Anda di sini

RM16.8 juta untuk skim bantuan penanaman lada

Advertisement

Ia untuk melaksanakan skim bantuan penanaman lada di Sarawak bagi tahun 2016 dan 2017: Nasrun

 Nasrun (dua kiri) menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Pekebun Lada Contoh 2017 Suboh Bakak (tiga kanan) sambil disaksikan Harry (dua kanan) serta yang lain sempena Program Jelajah Sarawak-Jom Tanam Lada, semalam.
TERBAIK: Nasrun (dua kiri) menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Pekebun Lada Contoh 2017 Suboh Bakak (tiga kanan) sambil disaksikan Harry (dua kanan) serta yang lain sempena Program Jelajah Sarawak-Jom Tanam Lada, semalam.

SRI AMAN: Sejumlah RM16.8 juta dana telah diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan skim bantuan penanaman lada di Sarawak bagi tahun 2016 dan 2017.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata skim bantuan berkenaan termasuk Skim Tanaman Baharu Lada, Skim Peningkatan Kualiti Peringkat Ladang dan Skim Usahawan Keratan dan Usahawan Jual Beli.

Sebanyak RM16.8 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi melaksanakan skim tersebut di Sarawak.

Sejumlah RM2.5 juta telah diperuntukkan kepada bahagian Sri Aman yang mana dianggarkan seramai 1,560 orang pekebun dapat menerima manfaat hasil daripada skim bantuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Sarawak - Jom Tanam Lada 2017 anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan dihadiri Ketua Pengarah MPB Dr Harry Entebang di Dewan Suarah Sri Aman di sini, semalam.

Menurutnya difahamkan kerajaan negeri turut menyumbang dana untuk membantu para pekebun lada dengan peruntukan RM10 juta pada 2017.

Ia bagi membangunkan kawasan tanaman lada seluas 500 hektar yang melibat seramai 5,000 pekebun,” katanya.

Tambah Nasrun, tanaman lada di Malaysia diusahakan oleh kira-kira 67,304 orang pekebun kecil lada dengan 95 peratus daripadanya adalah diusahakan golongan Bumiputera.

Beliau memberitahu, sejak beberapa tahun lepas, komoditi lada menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan telah memberi sumbangan penting.

Kata beliau, khususnya kepada pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar dan menyediakan peluang pekerjaan terutama di Sarawak.

Selain itu kata Nasrun, industri lada menyumbang kepada pendapatan eksport negara setiap tahun dan Malaysia merupakan negara pengeluar lada kelima terbesar di dunia.

Sementara itu Harry dalam ucapannya berkata pada masa ini dianggarkan seramai   67,000    pekebun terlibat   dalam   penanaman   lada   yang   mana  95   peratus daripadanya diusahakan oleh golongan Bumiputera dan angka ini dijangka   akan   terus   meningkat.  

Keluasan  tanaman  lada   di Malaysia  pada tahun   2016  telah menunjukkan peningkatan iaitu berjumlah  16,768  hektar  berbanding   keluasan  tanaman   pada tahun 2015 iaitu 16,333 hektar.

Keluasan sebanyak 1,000 hektar juga dijangka akan dicapai pada tahun ini. Majoriti tanaman lada ini iaitu 98 peratus tertumpu di negeri Sarawak dengan keluasan sebanyak16,516 hektar yang diusahakan oleh pekebun kecil,” katanya.

Harry berkata, sementara 236 hektar di Semenanjung Malaysia serta 16 hektar di negeri Sabah.

Tambah beliau daripada aspek pengeluaran lada pula, Malaysia telah mengeluarkan sejumlah 29,245 tan metrik pada 2016, yang menunjukkan peningkatan berbanding  tahun 2015 yang berjumlah 28,300 tan metrik seperti   yang   direkodkan   oleh  International   Pepper Community (IPC).

  • oleh
  • Advertisement