Anda di sini

Nisa’ Sibu bantu 30 pelajar beli barangan persekolahan

Advertisement

Oleh Reno Benjamin//

b16122738

SERAMAI 30 orang pelajar yang terpilih telah menerima bantuan daripada Nisa’ Sarawak Cawangan Sibu menerusi Program ‘I Love School’.

Program yang berlangsung di Giant Hypermarket pada 18 Disember lepas, dijayakan dengan kerjasama Giant Hypermarket, Yayasan Amal Sibu, Hidayah Launderette Express serta orang ramai.

Menurut Ketua Nisa’ Sibu, Faralyiza Onara, Program ‘I Love School’ itu merupakan aktiviti tahunan Nisa’ Sarawak, terutama Nisa’ Cawangan Sibu.

“Cuma bagi tahun ini, konsep bantuan berbeza daripada tahun lepas di mana penerima bantuan diberi kebebasan untuk berbelanja barangan persekolahan yang mereka inginkan di Giant HyperMall.

“Tahun ini seramai 30 orang pelajar dari kawasan kampung sekitar Sibu telah terpilih dengan setiap seorang menerima bantuan sebanyak RM100,” ujarnya.

Faralyiza menambah, pelajar yang terpilih terdiri daripada anak yatim, keluarga miskin, anak kepada ibu atau bapa tunggal serta keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.

Hadir sama ialah Pengurus Program ‘I Love School’ Hidayah Osman serta Pengurus Giant HyperMall Sibu, Robert Tadong.

Nisa’ Sarawak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbuka kepada kaum wanita berusia 15 hingga 40 tahun.

Di Sarawak, Nisa’ kini mempunyai cawangan di Kuching, Kota Samarahan, Saratok, Bintulu, Miri, Limbang, Sarikei dan Sibu.

 

 

 

Advertisement