Anda di sini

Tengkorak di Muzium Budaya Borneo, bukti kewujudan manusia purba di Gua Niah

Advertisement

RANGKA tulang manusia purba berusia kira-kira 40,000 hingga 50,000 tahun yang ditemui di Gua Niah kini dipamerkan di Muzium Budaya Borneo di Kuching.

Tulang tersebut diekskavasi dari Gua Niah, Miri bermula penghujung 1950-an sehingga awal 1960-an dan dihantar ke Amerika Syarikat pada 1966, iaitu ke Universiti Nevada, Las Vegas sebelum dipindah ke Universiti Florida, di Gainesville pada 2017 untuk tujuan penyelidikan memandangkan Sarawak belum mempunyai kapasiti untuk tujuan berkenaan pada waktu itu.

Pada 2011, Muzium Sarawak telah menemui surat yang memberi pinjaman tinggalan tulang-tulang tersebut kepada Universiti Nevada, Las Vegas.

Tengkorak dan tulang-tulang tersebut di bawa balik ke Sarawak pada 2021.

Advertisement