Anda di sini

Petros: Stesen bahan api bersepadu pertama di Malaysia kini beroperasi

Advertisement

Stesen bahan api bersepadu Petros yang pertama seumpamanya di Malaysia kini beroperasi.

Terletak di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Kuching, ia menawarkan kemudahan pengisian pelbagai jenis bahan api seperti petrol, diesel kemudahan pengecasan untuk kenderaan elektrik.
 
Difahamkan, isian bahan api hidrogen dijangka akan beroperasi tidak lama lagi.

Stesen minyak ini dibina oleh SEDC Energy Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Majlis pecah tanah disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 20 Oktober 2020. 

Ia dibina selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak ke arah kelastarian alam sekitar serta berperanan sebagai penerokaan dan pembangunan sektor pemasaran serta perdagangan hiliran minyak dan gas melalui penubuhan Petroleum Sarawak Berhad.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Tan Sri Abdul Aziz Husain pada Ahad meluangkan masa berkunjung ke stesen Petros untuk meninjau sendiri operasinya.

Stesen ini ini juga dilengkapi kedai dan surau.

Difahamkan, beberapa stesen seumpamanya bakal menyusul di Batu Kawah, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Advertisement