Anda di sini

Muzium Budaya Borneo memukau mata pengunjung

Advertisement

Rata-rata pengunjung pada hari pertama pembukaan Muzium Budaya Borneo di Kuching berpuas hati dengan pengalaman baharu dan menyeronokkan diperolehi mereka setelah memasuki ruang pameran.

Kagum dengan bahan dipamerkan, para pengunjung mengajak agar lebih ramai melihat sendiri apa yang tersimpan di dalam muzium yang merupakan terbesar di Malaysia.

Seorang pengunjung, Siti Nur Mastija berkata: “Muzium ini sangat menarik, sangat sesuai untuk kanak-kanak  dan keluarga. Meneroka sejarah Sarawak dan sangat cantik. Datanglah ke Kuching Sarawak”.

Bagi Nur Hanani pula, beliau menyifatkan pengalaman ini sebagai menyeronokkan.

“Muzium baru ini sangat menyeronokkan oleh itu datanglah ke sini. Tiga bulan awal memasuki secara percuma oleh itu datanglah.” 

Reduan Rabian pula berkata: “Datanglah ke Muzium Cultral Borneo ini, banyak perkara yang kita boleh pelajari mengenai Sarawak dan budaya kita. Dan ianya sangat menarik, terima kasih”.

Muzium tersebut yang dibina bermula tahun 2014 dan menelan kos projek sebanyak RM323 juta dimana ianya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Selain itu, muzium ikonik serba baharu itu mempamerkan lebih seribu artifak mewakili budaya dan sejarah Sarawak yang menakjubkan.

Tambahan pula, keindahan dan keunikannya telah membuktikan bahawa muzium ini boleh dijadikan destinasi yang harus dikunjungi oleh setiap orang yang datang ke Sarawak. 

Malah, muzium yang tersergam indah ini telah mengangkat martabat masyarakat di Sarawak dan ia telah membuktikan bahawa kita amat mementingkan warisan nenek moyang dan sejarah-sejarah yang ada di negara kita. 

Oleh itu, pembukaan muzium ini kepada orang awam adalah salah satu yang dinantikan oleh para pengunjung di Sarawak mahupun luar negara.

Advertisement