Anda di sini

Ibu Eric menangis di jeti Muara Tebas

Advertisement

Ibu kepada kanak-kanak hilang, Dynasty Chang Ka Hui, tidak dapat menahan kesedihan susulan kehilangan anaknya apabila tiba di Jeti Muara Tebas, Kampung Muara Tebas, Kuching pada Isnin (14 Mac 2022).

Chang ibu kepada Eric Chang Wei Jie tiba di jeti berkenaan sekitar jam 3.45 petang bersama suami dan saudaranya.

Setibanya di jeti, dia yang kini hamil dengan kandungan tujuh bulan tidak dapat menahan sebak dan emosinya susulan kehilangan Eric berumur empat tahun sejak 7 Mac.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai bunuh.

Hari ini memasuki hari kedua operasi mencari dan menyelamat Eric yang hilang di perairan Muara Tebas, Kuching. 

Pasukan SAR terdiri daripada 20 anggota Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memulakan operasi mencari kira-kira jam 8 pagi. 

Anggota keselamatan menjalankan operasi seawal jam 8 pagi menggunakan tiga jentera iaitu bot PSC 11 Pasukan Polis Marin, bot aluminum JBPM, dan bot Kilat 35.

Kehilangan Eric dilaporkan ibunya di balai polis Bintawa pada 7.42 malam.

Advertisement