Anda di sini

Ibu bapa Eric Chang Wei Jie yang masih hilang disyaki dibunuh dilihat bersembahyang di jeti Muara Tebas

Advertisement

bu bapa Eric Chang Wei Jie yang masih hilang disyaki dibunuh dilihat bersembahyang di jeti Muara Tebas, Kuching pada petang Selasa (15 Mac 2022).

Pasangan terbabit ditemani tiga ahli keluarganya tiba di jeti tersebut pada pukul 4.45 petang dengan diiringi beberapa anggota polis.

Mereka dilihat membawa barang-barang yang digunakan untuk sembahyang di atas jeti.

Selepas meluangkan beberapa minit, mereka dilihat beredar pada pukul 5:05 petang. Ericdilaporkan hilang pada 7 Mac ketika dalam jagaan pengasuhnya di kawasan perumahan di Bintawa, Kuching.

Pada 13 Mac, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh berdasarkan beberapa bukti serta siasatan yang mengaitkan dua suspek iaitu pengasuh dengan seorang lagi suspek lelaki.

Pasukan polis, bomba dan maritim meneruskan pencarian di perairan Muara Tebas untuk hari ketiga. Setakat ini, tiada petunjuk dilaporkan dalam pencarian tersebut.

Advertisement