Anda di sini

‘Baruk’ 100 tahun tersergam kukuh di Bau

Advertisement

Berusia lebih 100 tahun, Baruk di Kampung Gumbang, Bau masih tersergam indah.

Baruk yang terletak kira-kira 16 kilometer dari Pekan Bau dipulihara oleh penduduk kampung agar warisan sejarah ini kekal segar untuk tatapan generasi muda.

Meskipun telah dipulihara, rekabentuk asal masih dikekalkan kecuali sebahagian daripada bahan asal seperti lantai dan dinding.

Struktur binaan asal menggunakan buluh dan kini digantikan dengan kayu supaya lebih kukuh dan stabil.

Bagi masyarakat Bidayuh, Baruk adalah bangunan bagi mengadakan perjumpaan sesama penduduk sesebuah kampung.

Baruk Kampung Gumbang kini menjadi tarikan pengunjung yang ingin melihat lebih dekat warisan berharga turun temurun.

Menurut Ketua Kaum Gumbang, Atok Dorop, komponen asal yang masih dikekalkan adalah empat tiang dari kayu belian yang dipanggil ‘selepus’ berusia kira-kira 105 tahun yang bertindak sebagai struktur yang menahan binaan Baruk tersebut.

Advertisement