Anda di sini

rabies

Advertisement

Satu lagi korban rabies di Sarawak 

 

KUCHING: Rabies meragut satu lagi nyawa pada petang Selasa, menjadikan 24 kematian daripada 25 kes di seluruh Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa terbaharu ialah seorang lelaki berumur 51 tahun dari Jalan Penrissen di sini.

"Beliau disahkan dijangkiti virus rabies melalui ujian makmal yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 4 September 2020.

"Beliau dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 26 Ogos 2020 kerana mengalami sakit belakang menyebabkan kesukaran untuk bergerak selama tiga hari sebelum dimasukkan ke wad," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya lagi, mangsa muntah dan diserang sawan sebelum dimasukkan ke hospital. 

"Siasatan awal belum dapat mengesahkan sebarang sejarah gigitan anjing atau haiwan lain berlaku padanya. Namun, beliau ada memelihara seekor kucing dan seekor anjing.

"Anjing peliharaannya ini belum mendapat vaksin anti rabies tetapi juga tidak dilepaskan dari kawasan rumah. Sehingga hari ini, status kedua-dua haiwan ini adalah baik dan tiada perubahan tingkah laku," jelasnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah kes bagi 2020 ialah tiga dan ketiga-tiga kes telah meninggal dunia. 

Rabies diisytiharkan sebagai wabak di Sarawak pada 1 Julai 2017.

Taman Budaya dibuka semula jika bebas daripada anjing terbiar

Abdul Wahap (kiri) bersama Ahli Majlis DBKU Wee Hong Seng ketika ditemu bual pemberita selepas menghadiri majlis perasmian APOC 13 di BCCK, hari ini.

KUCHING: Taman Budaya akan terus ditutup kepada orang ramai sehingga semua anjing terbiar di kawasan itu ditangkap oleh pihak berkuasa berwajib.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata operasi bagi menangkap haiwan berkenaan di taman rekreasi itu diadakan bermula hari ini.

Operasi dilancarkan selepas sekurang-kurangnya seorang individu dilaporkan digigit anjing terbiar di taman berkenaan ketika bersenam.

Tambahnya DBKU akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam operasi itu.

"Kita melancarkan operasi menangkap anjing-anjing terbiar ini, lima ekor semenangnya dikenal pasti. Jika kesemuanya gagal ditangkap dalam operasi hari ini, kita akan tutup Taman Budaya sehingga kesemuanya berjaya ditutup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Orkid Asia Pasifik (APOC) Ke-13, 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Abdul Wahab mendedahkan, sebelum ini DBKU telah memasang perangkap bagi menangkap anjing-anjing berkenaan tetapi tidak berjaya.

Menurutnya DBKU tidak menggunakan senapang trankuilizer kerana kehadiran orang ramai di taman itu untuk bersenam.

"Kita percaya ada pihak yang melepaskan anjing-anjing ini yang memasuki perangkap kita kerana umpan kita letak habis dimakan tetapi sangkar kosong.

"Setiap petang ada seorang wanita sering datang ke taman ini memberi makan kepada anjing-anjing terbiar ini. Kita sudah beberapa kali memberi nasihat agar beliau menghentikan perbuatan itu tetapi tetap ingkar," katanya.

Beliau percaya anjing-anjing berkenaan menjadi garang dengan kehadiran beberapa anjing baharu di taman itu.

"Sebelum ini anjing-anjing di situ tidak menggangu orang ramai yang bersenam tetapi apabila berasa wilayahnya tergugat dengan kehadiran beberapa ekor anjing lain, mereka bertukar garang," jelasnya.

Abdul Wahap turut menasihati orang ramai khususnya 'pencinta haiwan' agar mengangkat anjing-anjing terbiar sebagai haiwan peliharaan bukan diberi makan selepas dibiar berkeliaran.

Selasa , seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapat rawatan selepas digigit anjing terbiat ketika sedang bersenam.

Menurut sumber Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, anjing berkenaan ditangkap pihak berkuasa tempatan dan ujian sedang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bagi menentukan jika ia positif rabies.

Meskipun Jabatan Kesihatan sebelum ini hanya mengesahkan bahawa hanya seorang invidu yang berjoging digigit, tetapi terdapat dakwaan menerusi media sosial ada lagi yang lain turut diserang oleh anjing pada Selasa.

Setakat ini 18 maut disebabkan rabies dan 63 kawasan telah diisythirkan sebagai kawasan rabies sejak kes pertama dikesan pada Julai 2017.

  • oleh
  • Anjing disyaki positif rabies ditangkap

     

    KUCHING: Seekor anjing yang disyaki dijangkiti wabak rabies berjaya ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT) di Taman Budaya, di sini sekitar pukul 3 petang Selasa.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Mejar Ismail Mahedin semasa dihubungi memberitahu anjing tersebut ditangkap susulan laporan dikatakan telah menyerang lima individu di taman rekreasi tersebut.

    "Anjing tersebut sudah ditangkap PBT pada pukul 3 petang hari ini (semalam), namun belum dihantar ke makmal (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) untuk ujian sama ada ia positif virus rabies atau tidak," katanya ketika dihubungi pada Selasa. 

    Difahamkan, kelima-lima mangsa yang diserang anjing tersebut telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

    Suntikan vaksin anti-rabies percuma di Kuching

    Vaksin anti-rabies perlu dilakukan setiap tahun untuk mengekalkan perlindungan terhadap rabies. - Gambar fail


    KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri akan mengadakan vaksin anti-rabies percuma di 13 kawasan di bandar raya ini mulai 24 hingga 30 April 2019

    Menurut Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, kawasan itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road, Gereja Carmelite, Pusat Komuniti Kenyalang Park, Dewan Masyarakat MBKS, Tabuan Foochow, Dewan Serbaguna Kempas Height, Taman Rekreasi Tabuan Jaya dan Dewan Serbaguna Kampung Tabuan Lot.

    Kawasan lain ialah Pondok Polis Hui Sing, Dewan Komuniti Hui Sing, Taman Daya, Taman Seng Goon dan Dewan Persatuan Masyarakat Stampin (Kampung Stutong Baru)

    Pemberian vaksin anti-rabies secara percuma di SK Green Road dan Gereja Carmelite akan diadakan pada 24 April dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

    Bagi Pusat Komuniti Kenyalang Park dan Dewan Masyarakat MBKS, program itu akan diadakan pada 27 April dari pukul 9 pagi hingga 6 petang manakala keesokan harinya di Tabuan Foochow pada waktu sama.

    Sementara di Dewan Serbaguna Kempas Height, Taman Rekreasi Tabuan Jaya dan Dewan Serbaguna Kampung Tabuan Lot, pemberian vaksin anti-rabies diadakan pada 29 April mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang.

    Manakala pemberian vaksian anti rabies secara percuma di Pondok Polis Hui Sing, Dewan Komuniti Hui Sing, Taman Daya, Taman Seng Goon dan Dewan Persatuan Masyarakat Stampin (Kampung Stutong Baru) akan dijalankan dari pukul 9 pagi hingga 6 petang pada 30 April ini.

    Sehubungan itu, orang ramai diminta membawa haiwan peliharaan mereka terutama anjing untuk mendapatkan vaksin anti-rabies

    Ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk anjing dilindungi dari rabies selepas vaksinasi.

    Vaksin anti-rabies perlu dilakukan setiap tahun untuk mengekalkan perlindungan terhadap rabies.

    Kucing liar gigit seorang mangsa disah positif rabies

    Gambar hiasan

    KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mengesahkan seekor kucing liar positif rabies di Kampung Tambirat, Samarahan, dekat sini.

    Pengarahnya, Dr Adrian Susin Ambud berkata kes itu dikesan selepas kucing berkenaan dilanggar oleh kereta, dan mengigit pemandu yang ingin menyelamatkannya.

    “Kucing tersebut dihantar ke Makmal Diagnostik Veterinar Sarawak dimana ujian ke atas tisu otak kucing tersebut disahkan positif rabies melalui ujian Direct Fluorescent Antibody Test (FAT).

    “Manakala pemandu tersebut telah mendapat rawatan dan suntikan penuh anti-rabies di hospital berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Dr Adrian berkata setakat awal bulan ini, sebanyak 96 sampel otak anjing diuji, dimana 32 sampel didapati positif rabies.

    Manakala bagi sampel otak kucing pula katanya, sembilan didapati positif rabies daripada 13 sampel diuji.

    Setakat ini belum ada kes positif melibatkan haiwan hidupan liar dikesan berdasarkan lapan sampel otak diambil sejak 2017 mendapati kesemuanya negatif rabies.

    “Jabatan akan terus mempergiatkan aktiviti pemvaksinan haiwan. Setakat ini, sebanyak 110,000 ekor anjing dan sebanyak 8,545 ekor kucing telah divaksinkan,” katanya sambil menambah 10,000 haiwan menerima suntikan vaksin di klinik veterinar swasta.

    Beliau turut menasihatkan pemilik pemilik haiwan untuk memvaksinkan haiwan peliharaan mereka selain menyarankan pemandulan dan pengurungan haiwan peliharaan bagi mengekang penularan wabak rabies.

    Penyakit rabies boleh merebak melalui gigitan dan cakaran haiwan yang dijangkiti virus tersebut.

    Oleh yang demikian, orang awam hendaklah lebih berwaspada dan sekiranya terkena gigitan, luka perlu dicuci dengan air sabun selama 15 minit dan segera pergi ke klinik yang berdekatan untuk rawatan lanjut.

    Wabak rabies di Sarawak akan terus dipantau

    Dr Dzulkefly beramah mesra bersama para doktor dan petugas di Klinik Kesihatan Sungai Koyan dalam satu sesi lawatan ke klinik itu hari ini.

    KUALA LIPIS: Kementerian Kesihatan akan terus memantau penularan wabak rabies di Sarawak berikutan terdapat kes baharu yang menyebabkan kematian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    “Memang pemantauan secara berterusan akan sentiasa dijalankan agar wabak rabies tidak kembali merebak.

    "Pada setiap gigitan (gigitan anjing) itu kalau positif kami akan tangani dan kami akan rawat,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan, di sini hari ini.

    Pada Jumaat, seorang warga emas disahkan meninggal dunia akibat wabak rabies di Hospital Umum Sarawak (HUS).

    Lelaki berusia 80 tahun itu yang berasal dari Kampung Sungai Du'uh, Serian dikatakan mengalami demam pada 11 Jan, sebelum dimasukkan ke HUS, tiga hari kemudian.

    Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat rabies dalam kalangan manusia di Sarawak ialah 16 kes sejak pengisytiharan wabak itu pada 1 Julai 2017. 

    Sementara itu Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata  jentera Amanah akan bekerja keras bersama-sama rakan parti komponen lain untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

    “Itu tanggungjawab kami sebagai semangat Pakatan Harapan, kami saling berganding bahu untuk memenangkan calon kami (Manogaran).

    Apa pun kami tetap pasrah dengan keputusan dan kami akan lakukan yang terbaik,” katanya.

    PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi parlimen itu, terbatal dan tidak sah, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan dan BN serta dua calon bebas.

    Calon-calon berkenaan ialah Manogaran yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang mewakili PH, pesara Polis Diraja Malaysia Ramli Mohd Nor mewakili BN dan dua calon bebas iaitu bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, serta petani Wong Seng Yee, 40 tahun. - Bernama 

    Satu lagi kes kematian rabies dicatat di Sarawak

     
     

    KUCHING: Seorang warga emas dari Kampung Sungai Du’uh, Serian disahkan meninggal dunia akibat jangkitan rabies atau anjing gila.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita berusia 80 tahun itu meninggal dunia pada pukul 9.35 pagi Jumaat di Hospital Umum Sarawak.

    “Pada 11 Januari lepas, mangsa mengalami demam, batuk, muntah, lesu, sakit badan dan rasa lemah pada tangan kiri, dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari yang sama. Bagaimanapun, mangsa tidak memaklumkan bahawa dia telah digigit oleh anjing. 

    “Mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 14 Januari oleh klinik swasta yang sama setelah gejala yang dihidapinya tidak berkurangan semasa mendapatkan rawatan ulangan. Keadaan mangsa bertambah teruk dengan gejala neurologi termasuk hidrofobia dan aerofobia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Dengan pengesahan terbaru ini, kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytiharan wabak pada 1 Julai 2017 sehingga 18 Januari 2019 adalah 17 kes termasuk 16 kematian. - Bernama

    Ancaman rabies ditangani

    JAWATANKUASA pelaksana kempen bersama Dr.Lorren, Dr Mohammad Jamil dan Tan.
    JAWATANKUASA pelaksana kempen bersama Dr.Lorren, Dr Mohammad Jamil dan Tan.

    LAHAD DATU: Langkah pencegahan akan terus digiatkan di Tawau dan Lahad Datu dari ancaman penyakit rabies bawaan haiwan liar dari kawasan positif penyakit itu.

    Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Tawau, Dr Lorren Adam berkata menyedari ancaman penyakit itu amat terdedah di kawasan sempadan terutama di Kalabakan dan Tungku, tumpuan operasi pemantauan akan dilaksanakan di sana.

    "Bagi daerah Kalabakan, ada kawasan jaraknya lebih kurang 30 kilometer (km) dari sempadan Sarawak dan ianya meletakkan radius 30 km itu sebagai positif rabies.

    "Demikian juga di Pulau Sebatik yang berkongsi pulau dengan Indonesia yang juga merupakan antara kawasan positif penyakit itu," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Penstrilan Haiwan Terbiar anjuran Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sabah (SPCA) Lahad Datu, di sini, pada Jumaat.

    Menurutnya, di Lahad Datu kawasan tumpuan ialah di Tanjung Labian, Tungku yang berdekatan dengan sempadan Filipina yang boleh diancam merebaknya Rabbies melalui jangkitan bawaan haiwan liar anjing, kucing dan lain-lain.

    Katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, pemeriksaan akan diteruskan dalam masa terdekat bermula Januari bagi menghalang menularnya penyakit itu ke Sabah.

    Dr Lorren memuji usaha yang dilakukan SPCA Lahad Datu yang mengambil langkah drastik selaku Badan Bukan Kerajaan dengan membantu kerajaan memainkan peranan tersendiri mengawal penularan Rabbies ke Sabah khususnya ke Lahad Datu.

    "Saya amat berharap agar aktiviti seumpama ini tidak akan terhenti di sini sebaliknya diperkembangkan lagi kerana usaha murni ini amat diperlukan terutama untuk membela haiwan-haiwan terbiar tanpa tuan.

    "Melalui aktiviti ini, haiwan terbiar dapat diselamatkan dari pelbagai penyakit berjangkit seterusnya menghalang Rabbies merebak," katanya.

    Dr. Lorren turut menggesa agar SPCA Lahad Datu terus mendapat kerjasama padu masyarakat di sini dengan membantu mereka menjayakan aktiviti-aktiviti pembelaan terhadap haiwan.

    Kempen yang berlangsung sehingga Ahad ini dijayakan dengan kehadiran dan khidmat doktor vetarinar.

    Turut hadir Penolong Pengarah Perkhidmatan Veterinar Daerah Lahad Datu Dr. Muhammad Jamil Sabu, Penaung SPCA Lahad Datu Tan Cheng Teng dan Pengerusi Lee Boon Keat.

  • oleh
  • Rabies: Sarawak, KKM sedia kerjasama dengan Indonesia

     

    KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes seorang wanita warganegara Indonesia mati disebabkan rabies, namun kes itu tidak dimasukkan ke dalam statistik wabak itu di Malaysia.

    Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata ini kerana pesakit itu digigit oleh anjing peliharaannya sendiri di negara asalnya.

    Katanya, notifikasi kes ini kepada Kementerian Kesihatan Indonesia telah dibuat melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point Malaysia-Indonesia.

    "Kerajaan Negeri Sarawak bersama-sama dengan KKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi-agensi lain sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal rabies dalam kalangan anjing, khususnya di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kawalan jangkitan rabies dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Utusan Borneo yang diterbitkan pada 17 Disember bertajuk 'Mangsa rabies Indonesia mati di Kuching'.

    Dr Noor Hisham berkata wanita berkenaan, 69 tahun yang tinggal di Sanggau, Indonesia digigit di kaki kirinya oleh anjing peliharaannya pada  September 2018.

    "Semasa kejadian, haiwan tersebut berkelakuan agresif dan abnormal (tidak normal) menggigit tuannya tanpa sebarang provokasi.

    "Pesakit telah mendapatkan rawatan di Indonesia. Namun begitu, perincian rawatannya itu tidak dapat disahkan," katanya.

    Dr Noor Hisham menambah,pada 9 Disember 2018, mangsa mengadu sakit belakang badan dan sukar berjalan dan kemudian mendapatkan rawatan lanjut sebanyak dua kali di fasiliti perubatan di Indonesia.

    Pada 13 Disember 2018, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau kemudiannya dibawa ke sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak, jelasnya.

    "Pada keesokan hari, keluarga pesakit telah memindahkannya ke sebuah hospital swasta lain di Kuching. Pesakit mula menunjukkan gejala neurologi yang teruk seperti kekeliruan, lemah kedua-dua kaki dan tidak boleh menelan. 

    "Mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi namun malangnya telah meninggal dunia pada 17 Disember 2018 jam 6.00 pagi. Keputusan ujian makmal yang diterima pada 18 Disember 2018 adalah positif rabies," ujarnya.

    "Kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak pengisytiharan wabak pada 1 Julai 2017 sehingga 18 Disember 2018 adalah kekal 16 kes termasuk 15 kematian.

    "Kes terakhir disahkan rabies adalah pada 10 Disember 2018," katanya.
     

  • oleh
  • Rabies ragut korban ke-15 di Sarawak

    Mayat mangsa dituntut oleh keluarganya di Unit Perubatan Forensik HUS, di sini semalam.
    Mayat mangsa dituntut oleh keluarganya di Unit Perubatan Forensik HUS hari ini.

    KUCHING: Seorang lelaki berusia 64 tahun yang dijangkiti rabies meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar pukul 6.43 pagi hari ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat Encephalitis Rabies, sekali gus menjadikan jumlah kematian disebabkan rabies dalam kalangan manusia meningkat kepada 15 kes.

    "Jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak ini diumumkan pada 30 Jun 2017 adalah 16 kes; termasuk 15 kematian. Kes yang hidup adalah seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang mengalami komplikasi neurologi teruk dan kini dirawat di rumah," katanya.

    Beliau dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu mangsa berusia 64 tahun itu digigit pada pertengahan September lepas.

    "Mangsa bagaimanapun hanya mencuci luka gigitan tersebut dan tidak mendapatkan sebarang rawatan di fasiliti kesihatan sehingga 27 November dia dibawa ke sebuah klinik swasta apabila mengalami sakit lutut serta lemah anggota badan.

    "Pada 2 Disember, mangsa telah mendapatkan rawatan di HUS selepas keadaannya semakin teruk dan dia dimasukkan ke wad penyakit berjangkit," katanya.

    Sejak 30 Jun sehingga 11 Disember, kerajaan negeri mengsiytiharkan 56 kawasan di 11 bahagian di seluruh negeri sebagai kawasan jangkitan rabies dan hanya Limbang sahaja yang masih bebas rabies dalam kalangan haiwan.

    Berita berkaitan: Dua kes terbaharu disyaki rabies di Sarawak
     

    Advertisement