Anda di sini

Tragedi Triso

Advertisement

Penghadang akan dibina di pangkalan feri, elak tragedi Triso berulang

Masing ditemani Julaihi meninjau lokasi tragedi Triso.
Masing ditemani Julaihi meninjau lokasi tragedi Triso.

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak akan membina pagar penghadang tanjakan pada semua 12 pangkalan feri di Sarawak dalam usaha memastikan insiden Triso mengorbankan sembilan nyawa tidak berulang kembali. 

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, beliau telah meminta Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Datuk Julaihi Narawi mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk perkara tersebut. 

"Apa yang penting sekarang kita mahu meningkatkan tahap keselamatan yang mana kita akan membina pagar penghadang di semua tanjakan pangkalan feri di Sarawak. 

"Saya telah mengarahkan Datuk Julaihi untuk berbincang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) serta agensi berkaitan untuk pembinaan pagar penghadang ini agar dapat dilaksanakan dengan segera," katanya pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian tradegi Triso di sini hari ini. 

Malah, tegas Masing kerajaan Sarawak juga akan menugaskan pengawal keselamatan di semua pangkalan feri di negeri ini dalam masa terdekat. 

"Kita sudah maklumankan kepada operator feri dan kerajaan negeri akan menambah kos untuk penugasan pengawal keselamatan ini," katanya. 

Tambahnya, usaha tersebut bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna perkhidmatan feri di negeri ini sekali gus mengelak insiden berulang.

Jelasnya lagi, mesyuarat bersama agensi berkaitan bagi melaksanakan langkah tersebut akan diadakan pada Isnin nanti. 

"Kita mahu perkara ini dilaksanakan dengan kadar segera," ujarnya. 

Baca berita berkaitan

https://www.utusanborneo.com.my/2021/01/01/identiti-korban-pikap-jatuh-s...
 

  • oleh
  • TRAGEDI TRISO: Pikap jatuh dari tanjakan pangkalan feri

     

    KUCHING: Insiden mengorbankan sembilan mangsa di Pangkalan Feri Batang Lupar, Maludam semalam dipercayai disebabkan kenderaan pikap dinaiki mangsa hilang kawalan ketika di atas tanjakan lalu jatuh ke Batang Lupar. 

    Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Bingkok John (gambar) berkata pemandu dipercayai gagal mengawal pergerakan kenderaan menyebabkan kenderaan terbabas dan menggelongsor jatuh ke dalam sungai.

    Menurutnya, semasa kejadian berlaku feri sudah bergerak meninggalkan pangkalan untuk menyeberang.

    Bingkok menerusi satu kenyataan berkata memandangkan kejadian yang berlaku menjurus kepada kemalangan jalan raya (terbabas sendiri) siasatan dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

    Mayat mereka di bawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat. 

    Polis katanya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar pukul 3:21 petang.

    Mereka yang berasal dari Kapit dan Sibu dalam perjalanan menuju ke Kuching.

    Mereka yang terkorban ialah Ronany Ting (pemandu), 33, Siti Aisha Abdullah, 36, Mohd Ahmad Mohd Hamzah, empat bulan, Muhd Mustaqim Mohd Hamzah, 5, Mohd Aiman Mohd Hamzah, 7, Wallace Phang, 7, Alvin Phang, 12, Khairunnisa Muhamad, 14, dan Nor Shuhada Mohamad, 16.

  • oleh
  • Identiti korban pikap jatuh sungai dikenal pasti

    Mayat dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin.
    Mayat dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin.

    KUCHING: Sembilan yang terkorban dalam insiden kenderaan pikap jatuh ke dalam sungai di pangkalan Feri Batang Lupar hari ini dikenalpasti.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak mengesahkan mereka ialah pemandu, Lorna Ting berumur 33 tahun, Siti Aisha Abdullah, 36, Mohd Ahmad Mohd Hamzah, empat bulan, Muhd Mustaqim Mohd Hamzah, 5, Mohd Aiman Mohd Hamzah, 7, Wallace Phang, 7, Alvin Phang, 12, Khairunnisa Muhamad, 14, dan Nor Shuhada Mohamad, 16.

    Ketika kejadian, kenderaan dinaiki mangsa terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan itu datang dari arah Beladin hendak menaiki Feri Batang Lupar, dekat Sebuyau.

    Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching.

    “Punca kejadian kemalangan kenderaan tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa,” kata Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak menerusi satu kenyataan.

    Semua mayat dibawa di Klinik Kesihatan Beladin dan kematian mereka disahkan pada 7:00 malam.

    Mayat mereka dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam dan dibantu oleh pengendali feri.

    Turut berada di lokasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan Mat Undek.

    9 sekeluarga dikeluarkan dari pikap jatuh sungai

    Pikap yang terjunam ke dalam sungai ditarik ke permukaan air oleh orang awam.
    Pikap yang terjunam ke dalam sungai ditarik ke permukaan air oleh orang awam.

    KUCHING: Sebuah kereta pikap yang dipercayai membawa sembilan orang didalamnya terjatuh dan tenggelam ke dalam sungai di pangkalan Feri Batang Lupar dekat Sebuyau dalam satu insiden petang ini.

    Mangsa dipercayai dari sebuah sekeluarga - empat dewasa dan lima kanak-kanak - telah dikeluarkan dari pikap tersebut dan tidak sedarkan diri.

    Ketika berita ini ditulis, nasib dan identiti mangsa belum disahkan oleh pihak berkuasa 

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.14 petang.

    Menurutnya, beberapa anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan Simunjan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

    Sementara itu, melalui video yang tular di Facebook mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dengan bantuan feri dan jentolak.

    Video berdurasi 7 minit 15 saat tersebut menunjukkan kesemua dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kelihatan juga ada mangsa yang diberi bantuan CPR.

    (Berita lanjut menyusul)

  • oleh
  • Advertisement